Kahwin Memang Banyak Dugaannya, Ini Perkara Yang Bakal Pengantin Perlu Bersedia

Share

Perkahwinan bukanlah hanya pakai baju cantik dan mahal sambil tersenyum duduk di atas pelamin. Perkahwinan merupakan permulaan baru di dalam kehidupan yang pasti akan mengubah kehidupan anda. Ia merupakan satu tanggungjawab buat anda sebagai seorang suami atau isteri.

Perlu anda ingat, ketika di awal perkahwinan pastinya semua tampak indah belaka. Percayalah, anda tidak akan lari daripada masalah dan cabaran rumah tangga. Nampak macam mudah nak hadapi tetapi jika anda tidak bersedia, lain pula yang jadi nanti.

Kami kongsikan beberapa cabaran yang bakal dihadapi oleh pasangan pengantin baru. Bersedialah untuk menghadapi segala cabaran ini ya!

1. Tiada Sefahaman

Sumber: Google

Jika dulu masa bercinta, mungkin anda rasa dialah orang yang paling memahami anda. Namun, bila dah kahwin, dia akan menjadi orang baru untuk anda. Pada saat inilah anda mula kenal diri dia yang sebenar setelah tinggal sebumbung.

Pasti akan berlaku sedikit salah faham. Biasalah, baru nak kenal pasangan kan. Pastikan anda kekal tenang dan mengalah sedikit dengan pasangan. Jangan rasa diri sentiasa betul dan jangan besarkan perkara yang kecil.

2. Masalah Kewangan

Sumber: Google

Ini merupakan antara masalah yang kerap dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin. Semasa bercinta, tentu anda tidak rasa sangat tentang masalah kewangan kerana duit anda hanya duit anda. Lain pula bila dah kahwin, kena berkongsi duit.

Kadangkala, sikap pasangan yang terlalu boros dan tidak tahu mengawal kewangan dengan baik boleh menjadi punca kewangan. Apatah lagi selepas mengadakan majlis perkahwinan, tentu anda akan mengalami sedikit masalah kewangan.

Jadi, anda dan pasangan perlu bijak untuk uruskan kewangan dan berbincang tentang hal ini dengan baik.

3. Lupa Status Diri

Sumber: Google

Amboi, berani eh lupa status diri yang dah kahwin tu! Biasalah masa baru-baru kahwin, terlalu sibuk dengan urusan pejabat sehingga terlupa ada suami atau isteri yang menunggu di rumah. Ada juga yang balik lewat tanpa izin pasangan.

Bila dah kahwin, kenalah selalu ingat yang anda kini sudah ada suami atau isteri di rumah. Jangan lupa untuk call pasangan walaupun anda sibuk. Barulah sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Baca: Bernikah Itu Mudah Tapi Nak Dapat Pasangan Yang Bantu Tingkatkan Iman Itu Payah

4. Pergaulan Dalam Keluarga

Sumber: Google

Inilah perkara yang paling mendebarkan! Bila masuk ke keluarga baru, tentu ada sahaja rasa tak kena dan tak tahu nak buat apa. Inilah masa untuk anda ambil hati keluarga dan bermesra dengan mereka. Buang rasa ‘awkward’ tu jauh-jauh.

Tetapi, jangan terlalu berpura-pura atau terpaksa dengan semua perbuatan anda. Buatlah apa yang termampu. Jangan sampai jadi ‘fake’ pula. Penat tau nak berlakon seumur hidup.

5. Zuriat

Sumber: Google

Ah perihal zuriat ini memang tidak boeh dielak. Padahal baru je kahwin tetapi orang dah sibuk tanya bila anda nak ada anak. Kadangkala, perkara ini boleh buat anda berdua salah faham dan bermasam muka.

Ketahuilah bahawa zuriat itu merupakan rezeki Allah dan akan diberikan pada masa yang sesuai. Jangan terlalu mendengar kata-kata orang kerana bukan mereka yang akan tanggung anak anda.

Cabaran di awal perkahwinan ini sebenarnya akan lebih mematangkan diri anda. Setiap pengalaman yang anda lalui pastinya akan mengukuhkan hubungan anda suami isteri dan menjadi satu momen terindah buat anda berdua kelak.

Sumber: Baituljannah

Published by
Naqiyatul Uzma