Banyak berita perkahwinan muda yang kita dengar baru-baru ini. terkini, seorang remaja berusia 17 tahun berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun. Pasangan yang mendapat restu kedua-dua keluarga ini tular dan mendapat liputan ramai.
Biar apa pun ceriteranya, apabila sudah bergelar suami isteri, tanggungjawab perlu dilaksanakan bersama. Ramai juga yang ingin kahwin di awal usia takut untuk sampaikan niat kepada ibu bapa. Apakata persiapkan dengan perkara ini sebelum berani confront mak ayah.
Apabila sudah bertemu dengan pasangan yang sesuai, terus pasang niat untuk mengahwininya. Bila ada niat, senanglah nak uruskan diri dan kehidupan dari situ. Maknanya, anda ada misi untuk dicapai.
Nak kahwin bukan hanya setakat lafaz nikah sahaja. Sebagai lelaki terutamanya, anda sendiri perlu ada kestabilan ekonomi. Nak sara keluarga bukan hanya makan minum tetapi termasuklah tempat tinggal, nafkah dan keperluan harian.
Buat bakal isteri pula, anda juga perlu ada simpanan sendiri. sedikit sebanyak bolehlah meringankan beban kewangan suami apabila sudah bersatu nanti.
Ada yang kata, lelaki takut komitmen. Tunjukkan kepada pasangan dan keluarga anda yang anda mampu memberi komitmen sepenuhnya kepada pasangan. Jadilah lelaki yang gentleman. Jangan takut tentang tanggungjawab kerana lelaki yang bersedia untuk berkahwin akan melalui setiap ujian dengan hati terbuka.
Lelaki lambat matang dari wanita. Tetapi jika anda merasakan sifat kematangan itu ada, teruskanlah niat untuk berkahwin. Matang bukan hanya dari segi perwatakan tetapi hati dan fikiran. Jangan terlalu cepat melatah dalam apa keadaan sekalipun. Rasionallah!
Kita hanya meminta kepada Allah agar dipermudahkan niat untuk membina masjid. Perbanyakkan doa agar urusan anda untuk menambat hati keluarga dan pasangan diredhai Allah.
Saat anda merasakan hati semakin ringan untuk menjadikan teman wanita sebagai isteri, bawalah dia bertemu keluarga anda. Jadikan pertemuan itu eksklusif. Bermaksud, wanita yang dibawa menemui keluarga itu adalah wanita yang bakal bersama anda melayari bahtera perkahwinan.