Kajian Buktikan Pertengkaran Suami Isteri Simpan Manfaat Tersendiri Dalam Hubungan!

Share

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ramai pasangan menilai bahawa dengan bertengkar akan memburukkan lagi keharmonian sesebuah hubungan. Akan tetapi kenyataan bahawa pertengkaran suami isteri juga sebenarnya menyimpan manfaat tersendiri dalam hubungan perkahwinan kerana tak semua pertengkaran itu memburukkan.

Yang pasti tidak ada pasangan pun yang ingin bertengkar dalam rumah tangga, namun menurut kajian psikologi pertengkaran diperlukan untuk menyedarkan seseorang daripada kesalahannya sehingga dia mempunyai keinginan untuk berubah. Kenyataan ini bukanlah untuk menggalakkan anda bertengkar dengan pasangan namun setidaknya anda dan pasangan mampu memahami apa sebetulnya hikmah di sebalik pertengkaran yang terjadi.

Bahkan pertengkaran dengan pasangan juga dapat menjadikan hubungan cinta lebih sihat dan hati menjadi lebih lega. Kajian yang dilakukan oleh Florida State University mengatakan bahawa mengekspresikan kemarahan saat bertengkar berkemungkinan besar mampu menyelesaikan masalah lebih cepat jika dibandingkan dengan pasangan yang lebih banyak memendam perasaan.

Ketika bertengkar selalunya pasangan akan bersikap jujur dengan mengeluarkan emosi yang dirasakannya. Ini akan membuatkan anda berdua mampu untuk memahami serta mengenali pemikiran dan sifat pasangan antara satu sama lain.

Ahli pernikahan yang juga penulis buku What About Me? Stop Selfishness from Ruining Your Relationship bernama Jane Greer, Ph.D. mengungkapkan dalam majalah Women’s Health, “Jika anda belajar berdebat dengan sihat sejak dari awal hubungan, anda akan belajar banyak mengenai sudut pandang masing-masing.”

Pasangan yang memilih untuk memaafkan dan melupakan masalah tanpa menyelesaikan masalah tersebut ketika bertengkar, akan lebih mengalami perceraian di kemudian hari kerana pertengkaran yang sama akan terus berulang kembali.

Percayalah, tidak ada pasangan yang sempurna dan tiada ada mana-mana perkahwinan yang tidak berdepan dengan pertengkaran. Dengan manfaat ini bukanlah alasan untuk anda berdua selalu bertengkar sebaliknya jadilah pertengkaran sebagai proses untuk anda berdua membaiki diri menjadi pasangan yang lebih baik antara satu sama lain.

Kredit foto (top image): Pixabay

Published by
Roselinda Mohd Yusof