
Satu kajian survey telah dijalankan oleh sebuah pusat kesihatan menunjukkan wanita masa kini lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai badan biasa berbanding mereka yang mempunyai badan sado.
Kajian yang dijalankan secara atas talian itu telah mengumpulkan respon daripada 2,000 wanita, dan 70% daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya.

Ini adalah kerana, pada pandangan wanita, lelaki yang mempunyai tubuh badan seperti bapa ini menunjukkan tanda bahawa lelaki itu selesa dengan badannya sendiri.

Antara hasil kajian lain adalah seperti berikut:
Wanita sebenarnya tak suka pun lelaki sado, lebih tertarik dengan lelaki macam ‘ayah-ayah’. Jadi korang lebih suka lelaki berbadan sado atau yang macam ayah-ayah? tak salah minat lelaki macam ayah-ayah asalkan bukan yang sudah berpunya ya!
Sumber: SHAPE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Mudah Pandang Orang Lain. Baca Nasihat Ustaz Ini Tentang Dugaan Bertunang!

Orang tua-tua selalu pesan kalau dah berkenan di hati tu, cepat-cepatlah masuk meminang untuk memelihara maruah masing-masing dan juga menjauhi dari anasir-anasir mulut murai.
Dah kalau bertunang tu, jangan pula ikat lama sangat untuk ke alam perkahwinan sebab nanti semakin banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Kalau niat kita baik, mesti semuanya dipermudahkan. Kena sentiasa berfikiran positif ye. Syafiq Ridhwan kongsikan nasihat ustaz tentang dugaan bertunang.
“Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja”
Kami serentak menoleh.
“Apa maksud ustaz?” seorang dari kami bertanya.
“Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak ber couple saja-saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik-balik awak akan bergaduh berdua je.
Gaduh-gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga”
Kami terdiam.
“Perasan tak, dulu duduk sorang-sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana-manalah, dan-dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba-tiba kena sapa lah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.
“Perempuan ni lagi baik daripada tunang hang”
“Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari”
“Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal”
“Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah”
Ustaz tiba-tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
“Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak-anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham”
“Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna”
“Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha”
Kami mengangguk perlahan.
“Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat-erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik-baik. Bukankah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak? Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu”
“Istikharahlah”
“Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak”
Saya terdiam lama.
“Ya, In sha Allah. Moga Allah redha”
** Orang bertunang, lain sikit dugaannya. Tapi apa yang penting, hubungan kena padu, hati perlu kental dan jiwa perlu cekal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Makanan Power Buat Bakal Pengantin Lelaki Subur

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara. Begitu juga kaum lelaki. Mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk meningkatkan kesuburan di samping mencegah kanser prostat, mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.
Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:
- Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh. Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Ia juga mampu untuk memelihara system reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
- Pisang
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah. Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
- Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane. Sulphoraphane mengandungi zat antikanser. Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat. Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.
- Kacang Brazil
Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat. Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, iaitu sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.
- Sayuran dan buahan berwarna oren
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan berwarna oren seperti labu dan lobak merah adalah anti-oksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan. Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.
- Stik sirloin
Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.
- Ikan
Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi. Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.
- Beri dan ceri
Semua jenis beri seperti blackberi, bluberi, strawberi, rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh. Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pick & Choose Bridesmaid. Tapi Baju Seragam Tu Siapa Yang Bayar?

Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Agak-agak siapa yang kena bayar? Pengantin atau kita beli sendiri?
#1: Apabila baju terlampau mahal. Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.
#2: Apabila baju ‘custom made‘. Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak ‘terletak’ dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.
#3: Apabila syaratnya hanya pada tona warna. Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custom made, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainya berulang kali.
#4: Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja. Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.
#5: Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.
#6: Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa. Kalau macam ni, sama macam bridesmaids shopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.
#7: Apabila majlis kecil-kecilan. Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.
#8: Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu. Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI