Zaman kian berubah dengan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun. Zaman digital yang membawa satu landasan yang lebih maju dan moden ke arah wawasan yang lebih cemerlang. Segala kehendak, kemudahan dan keperluan hanya di hujung jari.

Jadi tak hairanlah, ada pasangan yang bertemu jodoh dan pasangan melalui media sosial. Hubungan alam maya ini mampu memupuk nilai cinta seterusnya membawa ke alam perkahwinan. Ramai pasangan mula berkenalan dan seterusnya mendirikan rumah tangga yang hanya berhubungan melalui teknologi ini.

Kajian Menunjukkan Cinta Boleh Berputik Melalui 30 Panggilan Telefon? Betul Ke?

Jom kita kupas mengenai isu menarik ini!

Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah laman web 3-dagang PIXmania, ia menunjukkan golongan muda kini bergantung pada laman media sosial untuk mencari pasangan dan jodoh. Media sosial dianggap sebagai landasan ataupun platform untuk sesi perkenalan dan seterusnya membawa hubungan ke peringkat seterusnya.

Dengan adanya aplikasi seperti Instagram, Facebook, Beetalk, snapchat dan wechat, langkah untuk berkenalan dan saling berhubung menjadi lebih luas dan terbuka.

Ads

Kajian Menunjukkan Cinta Boleh Berputik Melalui 30 Panggilan Telefon? Betul Ke?

Kajian juga menunjukkan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun mengambil masa lebih dua bulan untuk jatuh cinta. Ini mungkin kerana faktor usia itu sendiri yang membataskan mereka untuk lebih cenderung kepada media sosial. Lazimya mereka yang berusia, lebih memilih cara lama atau cara terdahulu untuk bercinta seperti dating di taman bunga.

Untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, kebiasaanya mereka hanya memerlukan kurang daripada sebulan untuk mencari pasangan dan memikat si dia.

Dengan teknologi dan kecanggihan zaman IT yang sedia ada, proses untuk mengenali dan memikat si dia menjadi lebih mudah. Aplikasi-aplikasi popular di laman sosial juga membantu kepada proses ini sekali gus menjadikan ia satu trend di abad ini.

Ads

Para penyelidik mendedahkan bahawa mereka yang memerlukan purata 163 pesanan teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 e-mel dan 30 panggilan telefon untuk jatuh cinta antara satu sama lain.

Kajian ini membuktikan media sosial menjadi penyumbang utama kepada perkara ini.

Kajian Menunjukkan Cinta Boleh Berputik Melalui 30 Panggilan Telefon? Betul Ke?

Ads

Namun begitu, penemuan menarik yang didapati dari kajian ini ialah lelaki yang kerap menghantar mesej pada pasangan dianggap tidak bahagia dalam perhubungan. Sesetengah lelaki beranggapan dengan kurangnya komunikasi antara satu sama lain boleh mengeratkan lagu sesebuah perhubungan. Ini kerana lelaki lebih sukakan cabaran dan memerlukan sedikit ruang dalan hubungan percintaan.

via GIPHY

Bagi wanita pula, mereka beranggapan menghantar mesej dengan kerap akan membuatkan hubungan cinta lebih mendalam dan menjadikan ikatan lebih baik. Lumrah seorang wanita untuk menjaga hubungan dengan baik dalam percintaan. Tidak hairanlah mereka kerap menghantar mesej dan sedaya upaya untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.

Sumber: Era & Her World

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI