Bumi yang mana tidak ditimpa hujan lautan mana yang tak bergelora? Sedangkan lidah lagi tergigit Inikan pula suami isteri. Kita selalu dengar tentang hal ini kan? Bergaduh dalam perhubungan adalah perkara yang sering berlaku.

Dalam rumah tangga, pasti akan berlakunya salah faham dan pertengkaran. Adakah anda selalu mengalaminya?

Kalau anda sering bergaduh dengan pasangan, itu tidak semestinya perkara yang negatif. Ya, memang jarang kita dengar rumah tangga yang penuh pertengkaran itu adalah satu rumah tangga yang romantis.

Tapi, kajian ada menyatakan pasangan yang tidak memendam perasaan dan sering bergaduh sebenarnya lebih gembira!

Bergaduh dalam percintaan itu bagus jika kena gayanya!

Ada satu kajian yang telah membuat tinjauan pada hampir 1,000 orang dewasa. Rata-rata menyatakan mereka berpuas hati apabila dapat meluahkan segala rasa tidak puas hati tanpa perlu memendam rasa.

Ads
Ia berlainan sekali dengan pasangan yang sering mengelak berkonfrontasi dan hanya “membaling jauh” masalah yang dihadapi oleh mereka dan pasangan.

Selain itu, kajian itu juga mendapati beberapa perkara berikut:

  • 4 daripada 5 pasangan menyatakan yang skil komunikasi yang teruk telah membinasakan hubungan lampau mereka
  • Kurang daripada 1/5 pasangan meletakkan kesalahan pada diri mereka apabila bergaduh dalam percintaan
  • Tiga topik yang sukar untuk dibincangkan dan sering membawa kepada pertengkaran adalah topik seks, kewangan dan tabiat buruk pasangan.

Asyik bertengkar? Belajar cara yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati

Seorang pakar dan penulis Crucial Conversations, Joseph Grenny, ada memberitahu kepada The Guardian:

“Ramai pasangan percaya yang mereka dapat mengelak pergaduhan dengan tidak membincangkan isu sensitif atau meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Pada mereka, itu satu perhubungan yang sihat.”

Sebenarnya, itu adalah satu kesilapan besar dalam perkahwinan yang dilakukan oleh ramai orang. Kita rasa seperti kita mahu meluahkan sesuatu tapi kita pendam dan hanya senyap.

Ads

Sehinggalah satu waktu kita berasa tidak tahan lagi. Akhirnya, bom jangka pun meletus dan pada masa itu, kita memilih untuk meluahkannya dengan cara yang salah; menjerit, berkata kasar, melukakan hati pasangan dan sebagainya.

Rahsia kebahagiaan dalam rumah tangga

Jadi, apakah sebenarnya cara perhubungan yang sihat? Adakah dengan menyimpan perasaan, kita gembira dengan pasangan?

Menurut Grenny, antara rahsia perhubungan yang sihat adalah kualiti komunikasi yang sihat antara suami dan isteri.

Ads

Ia semuanya bergantung kepada cara bagaimana kita berbincang tentang sesuatu masalah secara jujur, objektif dan tanpa melukakan hati pasangan.

Selepas ini, jika ibu ayah ada berasa tidak puas hati dengan pasangan, bincangkan masalah itu. Jangan dipendam tanpa diluahkan.

Mengelak pergaduhan hanyalah solusi jangka pendek. Persefahaman dan komunikasi adalah solusi jangka panjang yang patut kita utamakan! Ok?

Kredit : The Asian Parent

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI