Sebelum benar-benar yakin sama ada anda sudah bersedia untuk berkahwin atau tidak, perhatikan 7 tanda-tanda ini. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, maknanya anda dan pasangan sudah bersedia untuk berkahwin.
1. Boleh Terima Kisah Silam Pasangan
Setiap orang ada kisah silam tersendiri. Jika anda mahupun pasangan sudah boleh menerima kisah silam masing-masing, maknanya anda berdua sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.
Sikap hormat-menghormati antara suami isteri amat penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Apabila anda yakin untuk berkongsi pelbagai perkara dengan pasangan malah boleh menerima perbezaan masing-masing itu tandanya anda sudah bersedia dan yakin untuk hidup bersama dengannya.
3. Suka Baca & Kongsi Topik Perkahwinan
Kalau sebelum ini, mungkin anda langsung tak kisah apa sahaja tentang perihal kahwin. Tapi kalau tiba-tiba anda berminat nak membaca tentang proses nak kahwin, share tentang tip kahwin dengan pasangan atau mungkin rajin tengok video-video kahwin, itu tandanya anda dah bersedia untuk berkahwin. Secara tidak langsung, ia memberi aura buat anda dan pasangan rasa teruja untuk melangsungkan perkahwinan seperti mereka.
5. Mula Simpan Duit Nak Kahwin
Kalau belum bersedia nak berkahwin, selalunya memang sukar untuk anda membuat simpanan bulanan khusus untuk kahwin. Tapi kalau tiba-tiba anda sudah memasang niat untuk mengasingkan duit bulanan khusus untuk tabung kahwin, sah la anda dah bersedia.
Cuba tengok perkara apa yang anda dan pasangan bualkan saat berjumpa? Kalau masing-masing sering membincangkan tentang perihal masa depan seperti perancangan untuk bertunang, tarikh kahwin, nak jumpa orang tua pasangan, tentang rumah baharu dan lain-lain, maknanya anda berdua sudah bersedia untuk disatukan.
7. Berani Bercakap Soal Kahwin Dengan Ibu Bapa
Biasanya ramai yang akan gugup nak memulakan cerita perihal kahwin dengan ibu bapa. Ini kerana bercakap tentang kahwin dengan ibu bapa memerlukan anda bersedia untuk mendengar apa jua respons yang bakal orang tua anda katakan. Pastikan anda sudah bersedia dengan sumber kewangan yang mencukupi berserta lain-lain perkara penting sebelum bergelar suami atau isteri agar ibu bapa merestui niat murni anda itu.