Pasangan

Kalau Ada Jodoh Adira Suhaimi dan Datuk Red, Kali Ini Tak Nak Sorok-sorok Lagi

Share

Ramai yang suka melihat hubungan Adira Suhaimi dan Datuk Red, masih baik berniaga sama-sama dan menjaga ‘hak’ anak.

Nampak janggal sebab sudah berpisah namun mereka berdua memilih untuk jaga hubungan baik demi masa depan anak-anak.

Bukan itu sahaja, selepas beberapa bulan, keluar pula cerita mereka bakal berkahwin semula.

Kalau Ada Jodoh Adira Suhaimi dan Datuk Red

Itulah perihal penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Katanya mereka berdua dalam perancangan untuk bersatu semula selepas bercerai beberapa bulan yang lalu.

Jika sebelum ini, mereka bernikah secara senyap tanpa pengetahuan orang lain, namun baru-baru ini menerusi sesi siaran langsung di TikTok Datuk Red mengatakan andai mereka bertemu jodoh sekali lagi, Adira pernah meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis.

“InsyaAllah. Saya ada suarakan dekat Adira(untuk nikah).. tapi dia kata hari tu bernikah pun sorok-sorok. Takkan nikah kali ini nak sorok-sorok juga?

“Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata,” katanya dilihat sedang menjual produk sambil melayan pengikutnya.

Tak Nak Sorok-sorok Lagi

Menurut usahawan berusia 46 tahun itu, dia mahu menunaikan permintaan penyanyi berasal dari Sabah itu dan memohon orang ramai untuk mendoakannya.

“Kesiankanlah dia. Jadi saya akan tunaikan permintaan terakhir dia. Doakan saya,” tambahnya.

Menerusi komen di media sosial, rata-rata mendoakan agar Datuk Red dan Adira bersatu semula di atas jenjang pelamin.

Terdahulu, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Kredit gambar: Adira Suhaimi

 

Published by
Nadia