Masalah Rumah Tangga

Andai diuji masalah rumah tangga, berdepan lah dengan cara yang terbaik. Tidak melepaskan di media sosial, apa lagi meminjam bahu seseorang yang tidak rapat dengan anda. Bahaya!

Apa pun ujian yang menimpa diri, keluarga ataupun orang terdekat kita, jangan sesekali dibiarkan orang luar jadi pengadil tanpa dipinta.

Kalau Ada Masalah Rumah Tangga

Kalau Ada Masalah Rumah Tangga, Jangan Biarkan Orang Luar Jadi Pengadil

Usah diheboh, bak kata Puan Normaliza Mahadi, simpan kemelut ini untuk diselesaikan secara dalaman sahaja. Tak perlu sebarkan atau kongsikan kepada yang tidak layak mendengar ataupun membantu mencari penyelesaian.

Bila sengaja dikongsikan secara terbuka, maka komen yang datang sebenarnya hanya mengundang bala yang lebih besar dan kesan yang lebih sengsara.

Ads

Netizen ini semua tak tidur dengan kita. Tak juga sedang berbincang untuk membantu sokongan dan jauh sekali kewangan.

Netizen dengan sinisnya mengejek dan memadankan muka. Yang simpati hanya satu atau dua. Yang mendoakan hampir tiada.

Lagi sehari dua netizen pun pelan-pelan mula hidup macam biasa. Tapi hina yang kita sendiri sebarkan akan kekal dalam alam maya.

Ads

Nasihat Buat Yang Kahwin Dua

Kalau Ada Masalah Rumah Tangga, Jangan Biarkan Orang Luar Jadi Pengadil

Kepada yang dah “terkahwin” dua, jalankan tanggungjawab sebagai lelaki yang dewasa. Inilah masa nak bangkit sebagai lelaki yang perkasa. Bukan menambah lagi luka kepada isteri yang ada mahupun isteri yang segera.

Ads

Kepada yang nak kahwin juga walau tak mendapat restu ibubapa, pelan-pelanlah menghadapi hidup di alam nyata. Bercinta dan berkahwin sangat besar jurang dan ruangnya. Hadaplah. Ini yang kamu mahukan.

Kepada yang telah dimadu dan ditipu. Sabarlah. Allah tak pernah mensia-siakan hambaNya. Semua ujian ada harga di akhirat sana. Mana mungkin Allah biarkan hambaNya yang sabar sendirian. Syaratnya mesti sabar secara bijak. Kami netizen hanya boleh click button like dan share. Selebihnya kami pun ada huru hara tersendiri dalam hidup.

Kepada selain dari mereka bertiga, sudah-sudahlah membuka cerita. Sokongan yang dapat dari orang luar hanya sementara. Esok lusa orang luar pun sibuk dengan keluh kesah kehidupan yang macam tiada penyesalan.

Begitulah sedikit peringatan buat pengantin baru yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI