Hubungan

Kalau Bergaduh Suami Isteri Tak Tahu Punca, Itulah Kerja Iblis Bernama Dasim!

Share

Sudah menjadi dasar syaitan mengganggu dan menggoda keturunan Nabi Adam a.s bukan sahaja syaitan yang melakukannya tetapi begitulah juga halnya dengan anak-anak syaitan. Mereka (anak-anak syaitan) ini sememangnya mahir dalam menjalankan tugas-tugas mereka mengganggu dan menggoda manusia.

Dasim ertinya menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Tugas Dasim ialah mengganggu rumahtangga supaya suami marah kepada isteri dan sebaliknya atau bapa marah kepada ahli keluarga itu dan dibakar hati mereka yang berkenaan supaya panas dan marah serta benci kepada suami isteri atau ahli keluarga. Ini namanya marah dengan tiba-tiba kerana tiba saja seseorang itu meradang kepada ahli keluarganya.

Marah yang datang dengan tiba-tiba ini selalunya menjadi sengit dan seperti marah yang dipendamkan atau dengan tiba-tiba. Ahli rumah yang mendengar atau melihat kemarahan dengan tiba-tiba itu biasanya tidak mahu menerima dengan begitu saja tanpa membela diri, sama ada anak-anak mahupun siisteri. Apabila ini berlaku maka pertengakaran hebat akan terjadi. Sekiranya si bapa mengeluarkan sepuluh perkataan dalam marahnya itu,ahli rumah akan mengeluarkan seratus perkataan bagi membela diri. Jika dijawab lagi tentu masing-masing pihak akan bertambah sengit yang akhirnya menjadi perang mulut.

Syaitan Dasim memerhati sambil membakar hati manusia terus menerus. Jika dengan perang mulut tidak dapat diselesaikan, biasanya berpindah menjadi pergelutan,tumbuk menumbuk,tampar menampar. Itulah tugas atau kerja Dasim. Berikut adalah perincian tugas Dasim dalam rumahtangga.

1. Merosakkan Keharmonian Rumahtangga

Tugas utama Dasim di dalam rumahtangga ialah memecahbelahkan suami isteri. Tidak hairanlah ketika mereka bercinta sebelum kahwin kelihatan sangat melengkapi satu sama lain, tetapi setelah berkahwin, lain pula jadinya. Semua jadi serba tak kena. Demikianlah perilaku manusia yang termakan hasutan Dasim.

Oleh itu, sekiranya bertengkar atau ada ketidak puasan hati baik suami mahupun isteri, segeralah berterus terang dan berdoa pada Allah agar dijauhi godaan Dasim. Tetaplah berprasangka baik dan bersikap dengan baik terhadap pasangan untuk menjaga keharmonian.

2. Menumpang Dalam Makanan Yang Tidak Dibacakan Bismillah

Dasim akan turut serta bersama makanan dan minuman sekiranya kita tidak membaca basmalah sebelum makan dan minum. Dari itulah Dasim akan berusaha untuk menguasai manusia sehingga mereka lupa untuk mengingat Allah ketika makan, lapar dan dahaga. Serta lupa untuk menerapkan sunnah Nabi dalam makan dan minum. Oleh itu, didiklah ahli keluarga dan anak-anak untuk sentiasa berdoa dan membaca bismillah sebelum makan. Orang tua-tua pesan, mesti ada hikmahnya, bukan saja saja nak berpesan.

3. Masuk Dalam Ruang Atau Kamar Kosong

Tugas Dasim yang ketiga ialah untuk masuk kedalam bilik yang tidak berpenghuni. Dasim akan menumpang pada selimut didalam bilik yang tidak berpenghuni. Tidak hairanlah jika kita gagal untuk bangun subuh,malahan menarik selimut untuk sambung dibuai lena. Sentiasalah mengemas bilik dan mengetuk-ngetuk cadar dan tilam serta luangkan masa untuk berzikir, mengaji al-Quran dan bertafakur di dalam bilik yang kosong dan tidak berpenghuni di rumah kita agar kita dijauhkan tipu daya syaitan yang bernama Dasim ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sumber: KabarMakkah

Published by
Bella