Bagaimana untuk lakukan diet atkins?

Untuk mendapatkan berat badan idaman, terdapat 4 fasa diet atkins yang perlu anda lalui. Anda akan bermula dengan fasa pertama, diikuti oleh fasa kedua, ketiga, dan keempat. Sekiranya anda ikut diet atkins secara disiplin dan konsisten, insya Allah anda akan mendapat kesan yang memuaskan.

Empat Fasa dalam diet atkins ialah:

  • Fasa pertama iaitu induction atau perkenalan. Ini adalah fasa di mana anda mahu menyesuaikan tubuh badan dengan diet atkins.
  • Fasa kedua iaitu penurunan berat badan secara berterusan
  • Fasa ketiga iaitu fasa pra-penyelenggaraan di mana anda masih menurunkan berat badan namun ianya lebih perlahan
  • Fasa keempat dan terakhir iaitu penyelenggaraan seumur hidup

Kalau Bersungguh Buat Diet Atkins, 3 Bulan Sebelum Kahwin Pasti Kurus

Fasa 1 diet atkins

Fasa pertama diet atkins bertujuan untuk menyesuaikan diri anda dengan diet atkins. Fasa pertama fokus untuk:

Ads
  • Mengajar badan anda supaya bertukar daripada membakar karbohidrat untuk mendapatkan tenaga kepada membakar lemak yang sedia ada di dalam badan untuk mendapatkan tenaga
  • Menstabilkan kadar gula dalam darah anda
  • Menghentikan ketagihan anda terhadap gula dan karbohidrat

Dalam fasa pertama atkins, seleoknya anda langsung tak makan karbohidrat dan gula. Pada peringkat permulaan anda akan mula mengalami ketosis iaitu proses pembakaran lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga. Apabila badan anda mengalami ketosis, anda akan mendapat tanda seperti mulut berbau, pening dan loya-loya. Jangan risau, ianya hanya sementara sahaja.

Fasa pertama atkins boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga 6 bulan. Tempoh maksimum yang dicadangkan ialah 2 tahun. Kami nasihatkan anda supaya tak berada dalam fasa pertama atkins untuk tempoh yang lebih panjang daripada 2 tahun.

Anda akan kehilangan berat badan dengan banyak sekali pada fasa pertama. Anda digalakkan untuk makan banyak makanan yang tinggi lemak dan protein, serta sayur-sayuran yang rendah karbohidrat seperti sayur-sayuran berdaun. Apabila memasuki fasa kedua, penurunan berat badan anda akan mula berkurangan. Nak tahu mengapa? Teruskan membaca.

Ads

Fasa 2 diet atkins

Pada fasa kedua diet atkins yang dikenali sebagai fasa penurunan berat badan secara berterusan, di mana berat badan anda akan terus menurun namun tidak secepat fasa pertama. Ini kerana dalam fasa kedua, anda akan mula mengambil karbohidrat semula di dalam menu seharian anda.

Dalam fasa ini, anda dibenarkan untuk mengambil karbohidrat dalam jumlah yang terkawal. Pengambilan gula adalah tidak digalakkan. Dalam fasa kedua, perlahan-lahan anda boleh masukkan kekacang dan buah-buahan ke dalam diet anda.

Ads

Fasa 3 diet atkins

Biasanya, pada fasa ketiga, anda sudah makin hampir dengan berat badan idaman anda. Mungkin tinggal 5 kilogram sahaja lagi untuk mendapatkannya. Oleh itu, pada fasa ini anda tidak perlu lagi mengamalkan diet yang terlalu ketat. Anda boleh tambah lebih banyak karbohidrat ke dalam menu harian anda.

Kini, anda sudah boleh makan nasi dan sayuran berkarbohidrat dengan kuantiti yang dikawal. Dah nak masuk fasa keempat tak bermakna anda dah boleh makan secara sesuka hati. Ingat ya, anda masih berada dalam fasa ketiga. Belum masuk fasa terakhir diet atkins.

Fasa 4 diet atkins

Ini merupakan fasa terakhir dalam diet atkins. Apabila anda sudah sampai ke fasa ini, bermakna kini anda sudah kurus dan mendapat berat badan yang diidamkan. Dalam fasa ini, anda dalam proses untuk mengekalkan berat badan sekarang sampai bila-bila. Anda boleh makan seperti biasa asalkan ianya menu yang sihat dan menepati keperluan piramid pemakanan harian.

Perkara asas diet atkins yang anda perlu amalkan:

  • Anda wajib elakkan pengambilan karbohidrat yang terproses seperti mee, kuey teow, laksa, beehun dan pasta dalam setiap fasa
  • Anda wajib elakkan dari mengambil gula terproses seperti gula putih dalam setiap fasa
  • Untuk mendapat kesan yang terbaik, anda dinasihatkan untuk bermula dengan fasa pertama
  • Apabila memasuki fasa baru, anda boleh mula mengambil semula karbohidrat secara perlahan-lahan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI