Ni mungkin bukan untuk semualah. Kalau suami memang anak tunggal dan duduk rumah suami, atau memang rumah mak ayah tu tak ada orang lain, duduk je bersama. Tapi kalau untuk yang dah kahwin dan planning nak duduk rumah mak ayah dan rumah tu jenis ramai orang duduk atau rumah tu sempit sangat wajib baca ni….
Ni bukan nak suruh beli rumah.
Sewa pun takpe. Banyak sebab Sebenarnya. Antara banyak kes rumahtangga bergaduh adalah sebab duduk rumah sebumbung dan isteri rasa tak Selesa. Salah satu nafkah wajib adalah untuk sediakan tempat tinggal yg selesa untuk isteri. Walaupun rumah tu tak lawa pun…
.
.
Kalau Dah Kahwin Janganlah Duduk Rumah Mertua atau ibu ayah sebab byk benda susah nak buat. Antaranya adalah…
.
✅ Takde Ruang Privasi
– Ye lah takkan nak bermanja manja depan mak ayah atau adik beradik lain. Kan pelik tu. Nak manja2 nk takkan dalam bilik je. Kadang-kadang nak gak bermanja manja depan tv.
.
✅ Kadang-kadang Tak Selesa
– Ada Waktu, Kadang-kadang org ni selagi namanya manusia akan ada mood swing. So Kadang-kadang bila Duduk2 je ada je tak kena. Kan? Pernah tak alami….
.
.
✅ Bila Gaduh Ada Campur Tangan
– Dah Duduk sebumbung, Kadang-kadang kalau gaduh mak ayah sampai masuk campur. So sampai bila nak camtu kan? Mesti diorang perasan juga bila kita gaduh2 muka mesti tarik2 sikit pada suami atau isteri. Dah kena tanya. Baik2 boleh sejuk jadi nya Gaduh balik..
.
.
✅ Pakaian Terbatas…
– betul sesangat kan, duduk dgn mak ayah mertua. Baju kelawar tak sesuai pakai luar. Kadang-kadang pada ruang ketiak tu kan nampak seksi. Bahaya kan? Pakaian kena jaga supaya tidaklah kita menduga iman seseorang.
.
.
✅ Tak sihat Pun Kena Berlakon Sihat
– Kadang-kadang bila badan time tak sihat rasa malas yg amat. Semua org pernah ada perasaan mcm tu. Agak2 kalau duduk umah mertua boleh ke buat malas camtu? Kau rasa…hahaha mana boleh..
.
.
✅ Makanan Kena Kongsi
– Sometimes tekak nak rasa makan mahal. Contohnya kek. Kalau beli sepotong dah org lain nampak. Takkan ler tiap kali nak makan nak kena sorok2… Kalau ada rumah sendiri.
Katakanlah tgh sesak, telur pun jadilah kan?
.
.
✅ Dekorasi Rumah Kena Ikut…
– Takkan Taknak Deko rumah sendiri. Especially Bila dah lebih 5 tahun perkahwinan. Mesti ada terdetik nak deko rumah sendiri. Tapi kan duduk tu rumah org lain mesti minta izin dulu kan? So lagi best sebenarnya duduk rumah sendiri…
.
.
✅ Pura Pura atau control macho
– Kadang-kadang mesti terdetik punya dlm hati.ish penatlah pura pura. Sedikit sebanyak mesti akn rasa serabut asyik nak berlakon rajin, berlakon suka, Berlakon happy… Padahal realiti nak sgt hidup dgn suami sendiran dalam rumah sendiri..betul ke tak
.
.
Dan Byk lagi lah sebenarnya….
So pokok pangkalnya nak duduk rumah mak sendiri atau rumah mertua, mesti ada planning untuk ada rumah sendiri. Kalau setakat 1-2 tahun ok je lagi. Baru2 kahwin kan biasanya ekonomi tak ok sgt sgt…
.
.
Tapi tanamlah dlm diri untuk ada rumah sendiri. Bila seminggu sekali baru balik rumah mak ayah. Baru lah ada feeling rasa balik Kampung…..
.
Situasi ni bukan untuk semua ya…
So jgn nak kecam kecam. Baca dulu betul2..
Unless mmg suami tu duduk dgn mak je..
Dan takde org lain dlm rumah. So stay je
.
.
Boleh Kasi suami baca sekali..
Atleast dia tahu kan…
Sampai bila nak pendam-pendam