Kalah dah kahwin, banyak ‘undang-undang’ yang anda kena hafal untuk bina kebahagiaan pada isteri. Terutama tentang kewangan dalam rumah tangga.
Ada lebih, hulur lah lebih. Jangan bagi cukup-cukup sahaja padanya. Susah dia nak pusing duit buat beli keperluannya. Nak lagi jelas, jemput baca perkongsian saurdara Firdaus Shakirin ini.
Lumrah wanita nak ada duit sendiri.
Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluannya.
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti. Perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada itu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik dimata, tapi pakai mana yang ada, maka dimana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak, isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri. Dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Percayalah, orang rumah anda tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami. Begitulah kisah untuk bina sebuah kebahagiaan dalam rumah tangga. Moga kalian dapat sesuatu dalam perkongsian ini.