Bagi yang sudah berkahwin, anda mesti dah ada pengalaman kan berjumpa dengan keluarga mentua? atau bagi yang bakal berkahwin pun mesti anda dah berjumpa dengan mereka bukan? Jadi bagaimana? adakah semuanya berjalan dengan lancar?
Memang tak dinafikan pertama kali nak jumpa keluarga mentua mesti hati akan berasa berdebar memikirkan sama ada mereka okay atau tidak dengan kita. Bagaimana reaksi mereka apabila melihat kita, adakah mereka suka kita, dan macam-macam lagi.
Sebenarnya ada beberapa tips yang anda kena lakukan sebelum berjumpa keluarga bakal mentua anda lagi-lagi ibu dan bapa mereka. Lihat perkara yang korang kena ready ni!
1) Rancang
Faktor pada masa ni benda paling penting sebab ini akan menentukan keadaan & suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut. Pilihlah waktu seperti hari raya, kenduri kahwin saudara atau sewaktu dengannya. Kalau nervous, jumpa waktu petang untuk sesi hi-tea adalah yang terbaik.
2) Pakai pakaian sopan
Untuk perempuan jangan pakai ketat-ketat ok! Pilih pakaian yang sopan & ikut keselesaan masing-masing. Baju kurung antara pilihan yang terbaik. Untuk lelaki pula jangan lupa potong rambut & kemaskan misai janggut. Baju juga pilih corak yang sopan.
3) Bawa buah tangan
Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih atau kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak payah la sampai nak bagi set tudung go shop kat mak mertua.
4) Pandai bersembang dan mesra
Bila dah sampai rumah mereka, jangan la senyum je dari awal sampai balik. Borak-borak la sikit dan buat aktiviti-aktiviti dengan keluarganya. Sedar tak sedar boleh hilang gugup tu nanti.
5) Selitkan pujian
Waktu sembang tu selitkan sedikit pujian contohnya memuji masakan bakal mak mentua. Mesti dia gembira dan ajak anda datang lagi.
6) Ringankan tulang
Bagi perempuan, lepas makan jangan la berat tulang nak bersihkan pinggan mangkuk. Tak salah korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Time ni la waktu yang tepat untuk korang kenal bakal mak mertua dengan lebih rapat.
7) Tahu pengetahuan agama
Terutama yang lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tapi anda melopong pulak. Kalau nasib malang, disuruh ke depan untuk jadi imam solat, jangan cakap tak boleh pulak! Kalau nak kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.
8) Kenal-kenal dengan adik-beradik ipar
Ini tips terakhir. Jangan buat muka sombong dan ambil peluang untuk kenal adik-beradik lebih rapat. Sebab bila kita kahwin dengan pasangan, kita bukan kawin dengan pasangan tu je. Tapi kita kawin dgn seluruh keluarganya.
Sumber : twtmalaywedding