Hubungan

Kalau Isteri Banyak Cakap, Itu Satu Rahmat Buat Keluarga Itu

Share

Kalau dapat isteri yang banyak cakap, itu adalah satu rahmat buat keluarga tersebut.
Seorang anak, akan jadi lebih pandai jika ibunya banyak bercakap dengannya.

Begitulah pandangan Puan Khairunnisa Hamzah dalam isu orang rumah jenis banyak bercakap. Agaknya betul lah kata pepatah, bebel itu tanda sayang. Ambil cakna.

Isteri Banyak Cakap

Seorang suami, akan jadi lebih produktif dan bersemangat jika isterinya lebih banyak cakap dengannya.

Saya pernah mendengar si ibu bercakap pada anaknya di tandas, “Buat ehem ehem. Kena berdehem selepas buang air kecil untuk pastikan semuanya dah keluar. Baru tak ada penyakit.”

Lalu si anak pun buat, “Ehem, ehem.” Selepas dengar hal ini, saya pun buat dan suruh anak saya pun buat juga.

Saya mendengar banyak ayat dari ibu-ibu lain juga selain ibu saya. Ibu saya kurang bercakap dengan kami masa dahulu kerana ibu penat dan semput. Ibu tak boleh banyak bercakap.

Kalau yang banyak tunjuk cara sampai detail ialah ayah. Apabila ibu tak banyak cakap, ayah yang jadi banyak cakap pula.

Kesannya, Anak Bijak!

Anak kepada ibu yang ajar buat ehem ehem tadi, telah pun menjadi anak remaja yang bijak dan pintar.

Jika lihat anak anak yang bijak, pintar, sabar dan nampak beriman serta beramal soleh, cuba lihat emaknya.

Biasanya, emaknya memang jenis banyak cakap dan detail penjelasannya.

Jika mak tak banyak cakap, tengok pula ayahnya. Pasti ayahnya yang banyak penerangan dan berikan penjelasan tentang sesuatu secara mendalam.

Macam Mana Bila Anak Belajar Sendiri

Ada yang kata biar anak belajar sendiri, tak perlu diarah-arah. Saya pelik, sedangkan nak mencari jalan pun kita perlukan papan tanda arah jalan mana perlu dituju, inikan pula anak anak yang belum ada pengalaman hidup. Mestilah kita yang kena berikan panduan dan arah tuju buat mereka.

Sehabisnya ibu ayah bercakap, berikan maklumat dan tunjuk ajar selagi anak di dalam jagaan.

Sampai satu masa, mereka keluar dari rumah. Percayalah, waktu itu, kata-kata ibu ayah yang mereka pegang buat panduan dan pedoman melangkah ke hadapan di celah orang ramai.

Anak yang kurang dengar nasihat, cerita dan tunjuk ajar dari orang tuanya, akan mula termangu-mangu mencari arah mana nak dituju.

Jangan malu jadi ibu ayah yang banyak cakap dengan anak-anak, tetapi, malulah bila kita tidak pernah bercakap-cakap dengan anak-anak.

Jangan risau isteri banyak cakap, tapi risaulah kalau isteri lagi banyak diam.

Published by
Nadia