Hubungan

Kalau Isteri Cakap ‘Saya Penat, Saya Nak Rehat’, Dia Betul-Betul Dah Penat

Share

Kalau Isteri Cakap PENAT, Suami Jangan Kata MENGADA, Sebab Dia Memang Maksudkannya. Sebaik mata terbuka jam 6 pagi sampailah 12 malam, kerja isteri takkan habis. Ada saja saling berkait. Penatnya usah cerita. Kalau tiada waktu rehat, memang boleh sasau dibuatnya. Sebab itulah, bila isteri kata ‘Dia Penat’ dia sebenarnya benar-benar maksudkannya.

BILA ISTERI HAMPIR HILANG WARAS

Semalam saya hampir hilang kewarasan. Terlalu penat berkerja di rumah dan mengurus anak2.

Seminggu yang panjang, sendiri mengurus anak2. Suami tak sihat, ada kelas hingga ke malam dan ada kursus penuh di hujung minggu.

Houd meragam yang tak boleh nak dipujuk. Tidur malam tak lena. Melekat saja mulutnya menyusu. Anak2 lain juga mahu perhatian.

Saya perlu masak dan bereskan hal rumahtangga dan bisnes.

Saya letih. Mental saya dah exhausted. Enjin saya hampir terhenti.

Dalam perjalanan balik rumah lepas selesaikan beberapa urusan di luar, saya minta suami turunkan saya. Dan bertanya boleh tak saya nak berjalan kaki hingga sampai ke rumah?

Saya perlukan masa bersendiri.

Melalui permintaan saya tu, saya tahu saya dah tak boleh berfikir dengan baik. Saya perlu rehat.

Sampai sahaja di rumah, saya masuk ke bilik. Suami layan anak2 dan tutup pintu bilik. Suami batalkan kelas petang tu sebab nak take part jaga anak2.

Saya tertidur. Rasa dah lama tak tidur selena itu walaupun hanya sejam.

Suprisingly, bangun tidur saya terus bertenaga.

Emosi saya stabil. Mental saya stabil. Badan rasa segar.

Saya boleh tersenyum.

Alhamdulillah. Dengan rehat hanya sejam, saya waras kembali.

Bayangkan kalau saya tak diberi peluang oleh suami untuk berehat? Bayangkan suami perlekeh saya dan kata saya hanya mengada-ngada?

Apa tindakan saya? Macam mana dengan anak2?

Sebab itulah betapa pentingnya komunikasi suami isteri. Dan pentingnya suami yang memahami. Boleh membaca riak isteri yang dah terlalu kepenatan. Boleh bertoleransi menjaga anak2 dan beri peluang isteri berehat.

Jangan perlekeh isteri. Jangan sindir. Jangan perli. Jangan membanding2.

Sebab kalau isteri cakap saya PENAT, saya NAK REHAT.

Dia betul2 dah penat. Jangan paksa dia. Nanti kewarasannya hilang. Anak2 jadi mangsa marah. Jadi tempat lepas kepenatan.

Sebab tu ada kes ibu bunuh diri sebab depresi.

Jadi para suami berhati2. Kalau isteri cakap penat, she really means it.

Nukilan Masturah Abu Bakar

Published by
Bella