Bukan senang nak dapat isteri setia di sisi waktu suami diuji, nak-nak tentang bisnes dan kewangan. Apa lagi jika anda perah tipu atau curang dalam hubungan!
Biasanya isteri pertahankan rumahtangga demi memikirkan anak, rela terima pahitnya tapi jangan sesekali anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. Namun, sampai bila nak bertahan. Tiba masanya akan ‘meletup’ juga.
Kalau Isteri Masih Setia Ada Di Sisi, Hargai Dan Bersyukurlah
Kadang-kadang, tak faham apa yang suami mahukan, dapat isteri yang sempurna, sanggup susah senang bersama. Tapi bila suami ada segalanya, mulalah bermain kayu tiga dan lupakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak.
Mahu teruskan. Masih setia bersama suami atau tinggalkan jenis suami macam ini? Ini jawapan daripada perkongsian Syafiq Ridhwan.
Pagi tadi sewaktu perjalanan pergi ke tempat kerja, saya terdengar luahan hati seorang pemanggil di sebuah radiao. Tajuk yang dikupas pagi ini adalah mengenai “Stay or Chow” yang dikupas bersama dengan Puan Fynn Jamal.
Pemanggil merupakan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai 2 orang anak. Bila saya dengar suara dia meluahkan segala rasa terbuku di dada, rasa kasihan ada, rasa sebak pun ada.
Tahu apa yang diluahkan?
Beliau meluahkan bahawa suami beliau ini seolah-olah mempunyai orang ketiga. Walaupun perkara ini tak nampak jelas di depan mata, tapi beliau mengetahuinya apabila mendapati si suami telah memuat turun apps pihak ketiga untuk mencari jodoh. Firasat hati seorang isteri itu rasa semacam. Seolah ada sesuatu yang tidak kena.
Persoalan yang dilontarkan, adakah beliau perlu stay atau chow?
Ads
Namun mengenangkan diri yang sedang mengandung serta memikirkan kedua orang anak yang sedang membesar, fikirannya menjadi buntu dan tidak tenteram.
Saya tak ingat kesemuanya tapi saya suka mendengar kata jawab yang diberikan oleh Puan Fynn Jamal. Ia lebih kurang beginilah.
Pertamanya, puan tersebut perlu kuat kerana beliau sedang mengandung. Anak ini ia dapat rasa juga semua perasaan yang dialami oleh ibunya. Justeru, si isteri perlu terus kuat.
Kedua, jangan pernah jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kali. Kalaulah perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan sudah ditegur, tapi berlaku lagi. Beritahu diri untuk pergi. Andai boleh memaafkan, silakan. Tapi ia tak akan pernah mudah untuk sesetengah daripada kita.
Saya kira ia sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan kesedihan dan kerisauan yang dialami oleh si isteri tadi.
Ads
Sentiasa Ada Bersama Dalam Kesusahan
Isteri kita ini, kalau dia masih ada dengan kita sehingga hari ini, sentiasalah menitipkan rasa kesyukuran kepada Tuhan. Berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan dia selama ini.
Kalau dulu kita susah dan sekarang dah senang, lihatlah semula perjalanan kesusahan yang kalian alami dan lalui sama-sama satu tika dulu. Ia tak akan pernah sama dengan orang lain. Sewaktu kita melewati kesusahan itu, dia kekal setia di sisi menemani. Tak pernah terdetik pun untuk dia meninggalkan.
Duit Bukan Segalanya
Kalau kalian memang dah senang sejak dari awal perkahwinan. Duit, harta bukanlah satu masalah. Tetaplah juga mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana si isteri masih kekal setia sehingga hari ini. Dia boleh saja merungut untuk mengatakan dia kekurangan masa bersama kalian dek kerana kesibukan kerja/berniaga atau apa jua alasan sekalipun.
Kerana ujian untuk pasangan miskin dan pasangan kaya itu tetap ada meskipun berbeza. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk. Kalau ujian itu hanya ada untuk pasangan yang tidak berduit dan berharta, kenapa mereka yang kaya juga melalui masalah yang sama kan?
Isteri ini, satu hari dia tetap akan tua. Kalau kita hanya melihat dari kaca mata yang kasar, kecantikan dan keayuan yang dimiliki pada akhirnya akan pudar. Kalau itu semata yang kita lihat, percayalah satu hari kelak kita sebagai suami akan bosan. Dan atas alasan itu, mulalah kita cuba mencari kecantikan yang lain untuk memenuhi semula pandangan kita.
Namun sentiasalah belajar untuk melihat kesemua ini dari mata hati. Cuba belajar dari hari ke hari. Wajah yang dulunya cantik, muda berseri inilah yang meletakkan dirinya bersama-sama kalian untuk bersusah senang bersama sehingga hari ini.
Ads
Benar, ia tak akan pernah sama secara luaran. Namun, bukan itu yang dicari semata atas dunia ini. Ia lebih dari sekadar paras rupa, harta dan wang ringgit semata.
Jangan pernah curang. Jangan pernah menidakkan kesetiaan. Jangan pernah menghina orang yang pernah mengetepikan kemahuan diri berkali-kali hanya untuk memberi kita sebagai suami ruang untuk bahagia. Jangan pernah sekali-kali.
Kerana isteri ini adalah amanah. Dan selepas itu datangnya anak-anak juga adalah amanah. Amanah ini apa? Amanah bermaksud menyampaikan hak kepada pemiliknya, atau tidak mengambil sesuatu melebihi haknya, dan tidak mengurangi hak orang lain.
Isteri itu ada hak dia. Anak-anak juga ada hak dia. Kesemua ini adalah datang dari Tuhan dan tanggungjawab kita sebagai seorang suami untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.
Begitulah.
Akhir kata, saya doakan semoga pemanggil tadi dapat menemui jalan penyelesaian yang lebih baik untuk beliau dan suami. Semoga suami juga dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Semoga kita semua tidak kira yang sudah berkahwin mahupun bakal mempunyai suami/isteri, Allah akan berikan segala jalan kemudahan buat kita dalam melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga yang dibina.
Kerana kita hamba kepada Dia Yang Maha Agung, pasti Dia akan menjaga kita dengan sebaik-baik penjagaan. Sentiasa pegang dan simpanlah seerat-eratnya di dalam hati.
Masih tak jemu melihat air wajah pempengaruh terkenal, Farah Lee jadi pengantin lagi. Berita bahagia itu tular selepas dia berkongsi sekeping gambar perkahwinan menerusi akaun media sosial miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.
Farah Lee Jadi Pengantin Lagi
Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.
Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.
“Okay done kahwin lagi sekali,”demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.
Dalam Diam Kahwin
Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.
Untuk rekod, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012. Walau bagiamanapun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui Datuk Yusry Abdul Halim sangat menyayangi isterinya, Datin Lisa Surihani. Mana tidaknya, ini jelas dapat dilihat melalui perkongsian video-videonya dilaman TikTok.
Mendirikan rumah tangga bersama pada 23 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, 8 tahun, Yusof Leonne, 5 tahun dan Yunos Laith, 7 bulan.
Di bawah ini antara video-video yang dikongsikan oleh Yusry dilaman TikToknya.
Pesanan padu suami isteri kena hadam, jangan sebab sedikit kesenangan, kita lupa waktu susah waktu mula-mula nak bina keluarga.
Ini jelas berlaku apabila ramai pasangan suami isteri ini membuka ruang pada orang ketiga waktu dah ada anak-anak dan stabil. Betapa hancurnya hati seorang isteriapa apabila situasi ini berlaku. Nah, jemput renungkan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini seketika.
Jangan Sebab Sedikit Kesenangan
Saya belajar sesuatu dari mereka yang sentiasa mempamerkan Kebahagiaan rumahtangga kepada umum sebagai bahan content di media sosial.
1. Jangan selalu,kerap,tiap hari mempamirkan kebahagiaan kita kepada orang lain sehinggakan kemesraan dalam bilik tidur pun mahu ditunjuk umum. Kalau boleh segala apa sisi bahagia rumahtangga mahu dipertontonkan kepada umum. Dalam Al Quran ada sebut. Anak-anak nak masuk bilik kita perlu minta izin. Surah An-nur 58.
2. Jangan sesekali angkuh mengungkapkan perkataan hanya setia kepada yang satu tidak akan pandang yang lain. Dengan niat untuk menyindir perkahwinan poligami orang lain. Jangan bang,makan tuan nanti.
Kerana setiap kata-kata itu boleh jadi datangnya ujian bertalu-talu kepada kita akan datang. Sebaliknya ungkaplah syukur punyai isteri dan anak-anak berserta doa. Ya Allah kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga,kekalkan kami suami isteri hingga ke syurga.
3. Jangan sesekali mengkritik,memperlekehkan hubungan orang lain terutama hubungan yang sah disisi syarak. Tidak kiralah dia kahwin 1,2,3 atau 4. Contoh berlaku kepada kawan saya sendiri. Sebelum ini cukup tidak bersetuju apabila dapat tahu ada anak-anak muda kahwin ketika zaman belajar. Tup-tup anak dia sendiri terpaksa dikahwinkan ketika masih tahun pertama di universiti.
4. Jangan terlalu kerap mempamirkan kecantikan wajah isteri kita di media sosial dengan puji pujian cantiknya mata isteri abang,lembutnya pipi isteri abang,merahnya bibir isteri abang. Kerana disebalik kecantikkan wajah isteri kita itu datangnya godaan syahwat kepada mata-mata lelaki yang memandang. Cukuplah dan biarkan mata kita sahaja untuk menikmati kecantikan wajah isteri bukan untuk di kongsi bersama.
Dan kepada isteri juga. Jangan terlalu teruja mempamirkan kehenseman,harta suami,sifat-sifat romantis suami kepada umum. Kerana itu juga membangkitkan syahwat wanita lain terhadap suami.
5. Jaga ikhtilat dengan wanita-wanita lain apabila kita sudah ada nama di media sosial,terutama dengan pekerja. Jangan sesekali membuka ruang untuk kita ada apa-apa hubungan penting dengan pekerja wanita. Contohnya jadikan pekerja wanita sebagai P.A. Jadikan pekerja wanita sebagai pembuat air setiap pagi.
Sebaliknya jadikan isteri kita sebagai perantaraan dengan pekerja wanita untuk apa-apa urusan penting.
Contoh: Terpaksa bawa seorang pekerja wanita untuk meeting dengan pelanggan di luar. Pastikan isteri bersama sebagai perantaraan dengan pekerja wanita. Jangan menormalisasikan hubungan akrab dengan pekerja wanita.
Dan terakhir. Hargai sungguh-sungguh apa yang telah Allah kurniakan untuk kita hari ini. Kerana yang sedia ada ini sudah banyak lalui kesusahan,kesedihan,keperitan bersama. Jangan kerana sedikit kesenangan, kekayaan kita lupa segalanya yang lalui bersama.
Apa pun ujian yang datang menyinggah, moga kalian berbahagia suami isteri hingga ke syurga tidak kiralah 1,2,3 atau 4. Kerana kebahagiaan sebenar hanyalah di syurga. Tiada lagi kesedihan dan keperitan di sana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!