Isteri Sebut Penat

Jarang nak dengar seorang isteri sebut penat, selagi boleh dia akan buat untuk nampak teratur dan selesa untuk orang tersayang.

Namun kalau tetiba dia mengeluh perkataan tersebut, itu maknanya dia dah habis limit. Jadi suami kena faham situasi ini. Begitulah yang cuba dikongsikan oleh saudara Eishmael Sufian ini. Jemput renungkan sekejap…

Kalau Isteri Sebut Penat

Kalau Isteri Sebut Penat, Maknanya Dah Habis Limit Uruskan Rumah Tangga

Semalam video call, orang umah aku menangis. Penat katanya uruskan semua sorang-sorang.

Anak aku yang dua ketul ni nampak je camtu tapi dua-dua tu super ninja, super mario, dan segala jenis super lagi.

Sebab itu masa trip lepas bila balik dari kapal, sampai je rumah aku terus drive bawak diaorang bercuti ke Perak. Bayangkan aku fly dari Namibia – South Africa – Dubai – KLIA entah 24 jam lebih agaknya travel, sampai je rumah terus capai kunci kereta dan drive Melaka – Perak.

Ads

Masa tu aku pun tak tau jetlag aku pergi mana.

Suami Banyak Hutang Masa

Kalau Isteri Sebut Penat, Maknanya Dah Habis Limit Uruskan Rumah Tangga

Aku ni banyak berhutang dengan orang umah dan anak-anak aku. Berhutang tanggungjawab dan juga rindu.

Bila orang umah kata penat, bagi aku itulah limit dia. Memang macam tu lah jadi isteri orang laut. Ibarat bersuami separuh masa. Bila suami kerja, semuanya kena buat sendiri. Letih macam manapun, kena buat juga. Sakit ke apa, kena buat dan uruskan juga anak-anak sorang diri.

Ads

Sebab itu aku kalau balik banyak benda nak kena perhati. Bumbung bocor, nak kena betulkan. Aircond nampak dah sumbat, nak kena bersihkan. Tombol pintu dah jem, nak kena tukar. Pisau kat dapur dah tumpul, nak kena asah. Mana lampu dah malap, nak kena tukar. Tayar kereta kalau nampak nak botak, nak kena tukar. Kalau kereta belum servis, kena hantar servis.

Jadi, memang kena sediakan sebaiknya biar tak susahkan dia masa kita tak ada. Sebab itu juga kalau masa aku cuti tu aku suka ambil tugas uruskan anak-anak.

Bila Cuti, Bagi Orang Rumah Rehat

Kalau Isteri Sebut Penat, Maknanya Dah Habis Limit Uruskan Rumah Tangga

Sebenarnya masa aku cuti memang lebih nak bagi orang umah berehat. Kalau aku balik kadang lebih banyak makan kat luar atau beli makan berbanding masak.

Ads

Bukan bermaksud nak manjakan. Tapi lebih kepada nak balas jasa sebab uruskan urusan rumahtangga sorang-sorang.

Biarlah waktu kita ada ni boleh lah dia rehat. Ada masa boleh bagi rehat, rehat. Ada masa boleh bawa jalan, jalan. Lagipun ibarat aku membayar hutang tanggungjawab yang sepatutnya itu tanggung jawab aku, tetapi istri aku yang kena buat.

Sebab bagi aku, kita lelaki ni lain. Bila orang kata lelaki ni bila kawin ibarat raja ni bagi aku tak tepat sebab orang lelaki ni tanggung jawab dia lebih besar. Orang lelaki atau suami ni adalah provider. Maka, seboleh mungkin dan semaksimum mungkin kita kena provide. Sebab itu memang dah menjadi tanggung jawab kita selain daripada menjadi protector. Dan itulah fitrah kita sebagai lelaki, suami atau ketua keluarga.

Dan kerana kita orang lelaki dah jalankan tanggungjawab sebagai provider dan protector, maka barulah layak untuk kita claim ketaatan daripada para isteri kita.

Konsepnya adalah biar kita sempurnakan hak atau tanggung jawab terhadap pasangan, kemudian barulah kita layak untuk menuntut hak kita daripada pasangan. Tak kisahlah siapa kita. Sama ada suami atau pun isteri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI