Hubungan

Kalau Masih Tak Bersedia Nak ‘Berperang” Uruskan Rumah Tangga, Jangan Kahwin!

Share

Masih ramai yang gagal uruskan rumah tangga dengan ‘adil’ apabila hanya berharap pada pasangan sahaja untuk nampak ‘molek’. Hanya tahu mengarah dan melihat apa yang terhidang depan mata.

Jangan begitu, hidup berumah tangga ini perlukan toleransi suami isteri. Sekali pun isteri cuma suri rumah, suami tetap kena tolong sama membantu uruskan anak-anak dan kemas rumah.

Untuk kesedaran bersama, jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin, mungkin anda boleh baiki hubungan suami isteri yang sudah keruh.

Kalau Masih Tak Bersedia Nak ‘Berperang” Uruskan Rumah Tangga, Jangan Kahwin!

Sebelum nak jadi suami, tanya diri sendiri, sudah bersediakah kita jika…

Kita balik setelah seharian bekerja, buka pintu rumah tapi isteri tak sempat sambut kita, tak sempat nak masak sebab anak buat perangai, anak merap, nak melekat berdukung saja dengan isteri sampai dia tak boleh nak buat kerja.

Baju bertimbun dalam bakul, rumah bersepah dengan mainan, anak-anak yang lain tak mandi lagi.

Apa Tindakan Kita Melihat Suasana Begini?

Adakah kita mampu mempamerkan senyuman lalu terus ke dapur untuk memasak atau keluar membeli dan membungkus makanan untuk dimakan bersama?

Adakah kita akan menyinsing lengan baju kita lalu memandikan anak-anak kita dan menyiapkan mereka?

Adakah kita akan mengemas rumah, mengutip satu persatu mainan anak-anak kita dan meletakkan ditempat yang sepatutnya?

Adakah kita akan membasuh baju dan menggantungkannya di ampaian? Adakah kita akan melipat pakaian yang telah siap dicuci?

Atau…

Kita biarkan sahaja dengan menganggap bahawa itu adalah KERJA ISTERI?

Nanti dia dah free, dia ada masa, baru DIA BUAT?

Atau kita tanya isteri,

“Kenapa tak masak lagi, kenapa tak kemas rumah lagi, kenapa baju-baju tak basuh lagi, kenapa anak-anak tak mandi lagi, apa yang awak buat di rumah hari ini?”

Ubahlah, Jangan Hanya Tahu Berharap!

Jika kita tidak bersedia untuk bersama-sama “BERPERANG” menguruskan rumah tangga, menguruskan anak-anak, maka JANGAN KAWIN LAGI.

Sebab hanya orang yang tahu apa itu tanggungjawab, apa itu tolak ansur, apa itu keperluan untuk saling memahami dan melengkapi sahaja yang layak untuk MENDIRIKAN RUMAH TANGGA dan rumah tangga yang didirikannya insya Allah akan BAHAGIA.

Yang dah SET dalam otak, itu kerja isteri, itu dia kena buat sendiri, segala serbi letak atas bahu isteri, biar dia tanggung dan hadap sendiri, maka TOLONG KEKAL MEMBUJANG.

JANGAN KAHWIN, awak tak sesuai untuk “hidup” dalam alam rumah tangga.

Published by
Nadia