Rahsia Cinta Terus Melekat, Suami Isteri Kena Rajin Rajin-rajin Buat

Share

Setiap isteri pasti mendambakan seorang suami yang sentiasa membimbingnya untuk menuju je jalan yang lurus dan diredai Allah. Sebab itulah banyak wanita yang memilih lelaki yang mengutamakan Allah, yang boleh menjadi imam yang baik didalam rumah tangga. Hubungan yang erat dan tanpa ada rasa egois yang tinggi juga menjadi salah satu keinginan dari setiap pasangan.

Oleh itu, setiap pasangan perlu ikhlas dan saling memahami dalam membentuk rumah tangga yang harmoni. Pelbagai cara menurut Islam yang boleh dipraktikkan bagi melahirkan sebuah keluarga yang sejahtera dan sentiasa diredai Allah.

Jom kita lihat 14 amalan yang boleh dipraktikkan oleh setiap pasangan suami isteri bagi mencetuskan rumah tangga yang lebih harmoni!

1. Cium tangan suami ketika ingin pergi kerja adalah salah satu cara untuk membuat hubungan tetap hangat dan cium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Ini adalah perkara yang sangat baik untuk dilakukan bagi mencetuskan hubungan rumahtangga yang lebih bahagia.

2. Jangan lupa ketika anda ingin meninggalkan pasangan untuk pergi bekerja atau ketika hendak tidur selitkan tiga perkataan mudah ini “I love you”. Lakukan dengan sepenuh hati agar pasangan merasa bahagia dan disayangi.

3. Luangkan juga waktu untuk makan bersama, tapi pastikan anda mengambil waktu yang tepat agar anda dapat menikmati makan siang dan malam dengan aman dan bahagia.

4. Amalkan pertanyaan setiap kali pasangan baru pulang dari kerja. Tanyakan bagaimana perasaannya ketika ditempat kerja dan apa sahaja perkara yang membuatkan dia letih, dan pekerjaan apa yang sangat memenatkan. Dengan cara begitu, momen tersebut akan menjadi luahan pasangan dan menceritakan segalanya pada anda. Cara ini dapat mengeratkan hubungan anda dan pasangan.

5. Luangkan waktu untuk bercerita tentang rumah tangga dan cerita lain sebelum tidur.

6. Jangan biarkan pertengkaran yang terjadi antara anda dan pasangan berlarutan. Berikan kata maaf pada pasangan walaupun dia melakukan kesalahan. Dengan cara itu, hubungan akan menjadi erat dan lebih harmoni.

7. Jangan sesekali memilih untuk tidur berasingan dari pasangan. Walaupun anda harus menidurkan anak anda, anda harus kembali ketempat tidur suami setelah anak terlelap. Perkara ini amat penting dalam memastikan pasangan berasa nyaman dan rasa disayangi.

8. Amalkan solat berjemaah dirumah. Isteri wajib mencium tangan suami setelah selesai solat. Dengan cara ini, rumah tangga akan disinari dengan rahmat Allah dan sentiasa bahagia.

9. Biasakan untuk menyiapkan makanan untuk suami agar suami merasa bahawa anda adalah isteri terbaik. Biasakan untuk saling suap makanan agar hubungan tetap erat dan tidak merasa renggang.

10. Sesekali, berikan kejutan kepada pasangan seperti memberikan hadiah dan merancang sesuatu yang tidak diduga dihari tertentu anda bersama si dia. Cubalah untuk memakai pakaian yang boleh membuatkan dia tertawan.

11. Amalan lain yang boleh anda lakukan ialah saling bergurau dalam rumah. Ceritakan sesuatu yang membuat anda dan pasangan tertawa bahagia atau mungkin anda boleh memberi teka-teki yang harus dijawab oleh pasangan. Dijamin hubungan anda dan pasangan akan erat dan bahagia.

12. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti sukarnya isteri melahirkan dan betapa susahnya suami bekerja keras mencari nafkah untuk menyara keluarga. Dengan kenangan seperti itu akan menyedarkan anda dan pasangan betapa sukarnya anda menghadapi liku dan onak duri rumah tangga dari awal hingga harmoni sampai hari ini.

13. Usahakan untuk mengubah penampilan di depan pasangan agar dia tidak jemu melihat anda. Lakukan hal positif yang boleh membuat anda dan pasangan merasa nyaman.

14. Ketika masalah datang, jangan sesekali lari daripada masalah. Sebaiknya berterus teranglah dan cari cara untuk menyelesaikannya. Jadi tidak ada yang merasa tersakiti satu sama lain.

Published by
Fadhli Ismail