Kalau Nak Rumah Nampak Kemas, Jangan Bawa Barang Banyak Ke Rumah Baru

Share

Rumah yang cantik, kemas dan teratur sentiasa menjadi ramai pasangan yang sudah berumahtangga, tetapi disebabkan barang yang banyak, anak-anak yang masih kecil ia menjadi punca mengapa ramai yang sukar untuk mengekalkan tahap kebersihan rumah mereka. Oleh itu kami kongsikan ilham juga sedikit tip mudah untuk anda mendekorasi rumah baru nanti juga memastikan susun atur kekal dalam keadaan kemas. Ikuti perkongsian dari Muhammad Arif Arif ini.



.


.


.


.


.


.


.

Tip untuk rumah sentiasa kemas.

1) Sentiasa kurangkan barang dari rumah lama untuk dibawa ke rumah baru barang yang tak perlu jangan bawa (barang-barang tidak penting
dan tak guna boleh beri pada orang, jual atau buangkan sahaja)

Mengikut kajian 60% rakyat malaysia mengalami masalah tak cukup tempat simpan barang.. sebab tak suka buang barang.

2) Sediakan ruangan storan tertutup seperti (kabinet berpintu) supaya kita boleh sorok macam-macam dalam tu.

3) Di dapur, bahan-bahan dan alatan masak seperti sudip, botol-botol kicap, sos masukkan dalam satu bekas simpan didalam kabinet bila selesai memasak.

4) Bagi yang ada anak kecil, rumah korang tidak akan nampak kemas  ketika mereka sedang bermain. Biarkan sahaja. Selesai mereka bermain, kemas je..


.

Kredit : Muhammad Arif Arif

Published by
webadmin