Nak tengok isteri bahagia, jadilah suami yang baik dalam suami perkara. Bertolak ansur dan cuba memahami isi hati orang rumah, itu cara terbaik untuk terus bercinta selepas kahwin.
Sesekali salah seorang tak mampu buat tugasnya dengan baik, kena reda dan pejam mata. Si dia juga manusia tak sempurna.
Nak lebih dekat, cuba baca perkongsian Sharifah Zahidah ini, pasti akan lebih bahagia suami isteri.
Jadilah Suami Yang Baik
Suami yang baik tidak akan manipulate isteri untuk berlamaan dalam urusan mengurus rumahtangga sehingga isteri tiada masa / berkejaran dalam urusan agamanya; apatah lagi menggunakan hujah agama untuk “menundukkan isteri” sehingga hal yang dia boleh lakukan sendiri pun dia mahu isteri layan ibarat dia kudung tidak berkaki.
Alasannya; “Nanti masuklah syurga dari mana-mana pintu pun ya Yang..” Al kisah, punggungnya yang berat, dirinya yang pemalas dan pengotor. Digula-gulakan isteri dengan kunci syurga seolah-olah hanya ada dia untuk isteri masuk syurga. Walhal boleh jadi kerana terlalu leka dengan dia, isteri itu nanti masuk neraka.
Sama juga halnya.
Dengan isteri yang baik.
Dia tidak akan manipulate suami dengan menggunakan hujah agama bahawa nafkah itu tanggungjawab utama suami walhal yang dikerjakan suami bukanlah tentang nafkah, tapi nafsu serakah sang isteri yang demand serba-serbi.
Maka barailah jiwa dan tubuh suami bekerja semahunya demi ”mencukupkan” keperluan isteri yang sebenarnya sudah terlebih cukup. Tapi, kerana ada banyak hujah agama yang boleh digunakan isteri; maka suami pun terus bekerja ibarat lembu dicucuk hidungnya demi kepuasan hati isteri dan anak-anak.
Kukuhkan Asas Agama
Kawan,
Suami dan isteri yang baik – adalah yang SALING MEMERHATIKAN URUSAN AGAMA pasangannya.
“Yang, saya packing baju sendiri untuk outstation esok. Yang boleh guna extra time untuk tambah hafazan. Esok nak tasmek kan?”
“Bang, cukup dah ni kereta dan keperluan rumah. Tak perlu dah fikir nak upgrade apa-apa. Tak perlu dahlah buat overtime. Baliklah awal.
Sempat pergi masjid solat jemaah. Lepas isyak katanya ada kuliah. Nanti saya tengok-tengok macam mana boleh kurangkan lagi belanja, supaya abang ada masa extra duduk lama-lama recharge diri dan berjemaah Subuh setiap hari…”
Begitulah sewajarnya.
Kita belajar agama, untuk perkasakan agama ke atas pasangan dan anak-anak kita.
Bukan belajar dan berhujah dengan agama untuk senang jadikan isteri taat dengan kemalasan kita dan KETIDAKMATANGAN EMOSI kita.
Merajuk sikit, ugut isteri kena laknat. Terasa hati sebab isteri tegur, ugut dosa derhaka suami.
Bukan juga belajar agama sebab senang nak ugut suami berdosa. Sikit-sikit, “merangkak di akhirat” kena cari kita dan anak-anak sebab “tak cukup menafkahi.”
Walhal itu semua senjata kita nak menuntut hidup mudah atas susah payah suami/isteri sehingga terabai urusan agamanya.
Kawan…
Jadilah pasangan yang baik pada pasangan kita.
Pasangan yang mengingatkan tentang agama.
Bukan mempergunakan agama untuk manipulate bakti pasangan kita ke atas kita.
Boleh ya?
Kita sama-sama gunakan agama sebagai cahaya. Bukan gunakan agama sebagai senjata demi nafsu dan kepentingan peribadi kita.
Allahualam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI