Bulan Ramadan adalah waktu paling sesuai untuk korang bakal-bakal pengantin menurunkan berat badan. Bukan sahaja pahala, pada masa sama, berat badan pun turun.
Sebenarnya berpuasa di bulan suci Ramadan mampu menurunkan berat badan seseorang secara sihat jika dilakukan dengan cara yang betul. Puasa yang seimbang dengan pengambilan diet yang baik dan senaman yang betul amat membantu menurunkan berat badan dua hingga lima kilogram.
Karbohidrat masih diperlukan semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga kepada badan semasa melakukan aktiviti. Bagaimanapun, hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan disyorkan lebih daripada karbohidrat. Paling penting kesederhanaan dan defisit kalori.
Berikut perkongsian Arif Sukri
1. Jangan tinggal sahur. Sahur bukan sekadar pengalas perut dan pembekal tenaga. Tapi juga merupakan sunnah yang dituntut.
2. Gantian karbo selain nasi. Jangan bimbing kalau risau terlebih bila makan nasi. Kalian boleh pelbagaikan sumber karbo dari roti, bihun, mee, dan lain-lain lagi.
3. Anggaplah sahur sebagai sarapan. Berbuka sebagai makan tengahari. Dan moreh di lewat malam sebagai supper yang ringan untuk kalian (jika perlu).
4. Walaupun sedang berpuasa. Ambilan mestilah kena cukup. Jangan fokus puasa jaga makan sahaja. Tapi air sehari 6 gelas pun susah nak dapat.
5. Minuman manis kena kurangkan. Bulan puasa ni macam-macam air yang akan terhidang. Jika kalian nak jimat kalori, elakkan je jika dah handal. Kalau tak handal lagi minum je dalam kawalan.
6. Masa berbuka fokuslah pada makanan yang berat-berat dulu. Sebelum nak menjamah kuih-kuih manis. Biar perut diisi dulu dengan makanan yang lebih mengenyangkan.
7. Kuih-kuih manis tu, makanlah yang paling akhir. Agar perut dah terisi dengan makanan berat. Jadi tak adalah nak makan kuih banyak-banyak sangat nanti.
8. Aktifkan diri dengan berjalan kaki. Walaupun Ramadan susah untuk senaman intensiti tinggi di siang hari. Fokuslah untuk aktif berjalan kaki.
9. Banyakkan beribadah. Selain persiapan fizikal jaga makan. Hubungan dengan Tuhan juga dipelihara. Agar kita terus diberi kekuatan di dalam perjuangan.
Sumber: Facebook Arif Sukri Kredit foto (top image): Pexels