Hidup masa kini memang mancabar. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu,harga barang dalam pasaran sering naik, sedikit sebanyak akan menimbulkan keluhan didalam hati kita. Manakan tidak, gaji yang diterima tak naik-naik,tetapi harga barang sentiasa naik.

Ikut dari fikiran logik akal manusia yang biasa-biasa macam kita, mana mungkin RM 1000 boleh cukup untuk tampung perbelanjaan dalam sebulan. Namun begitu, sebenarnya rezeki yang berkat akan dipemudahkan oleh Allah.

Kalau Rezeki Tak Berkat, Gaji Rm5000 Setiap Bulan Pun Belum Tentu Cukup
gambar sekadar hiasan

Bagaimanakah caranya? Jaga hubungan kita dengan Sang Pencipta iaitu Allah. Allah ni bagi rezeki kepada manusia bukan sahaja dengan bentuk wang ringgit semata-mata. Tapi banyak rezeki lain yang tidak terhintung nilainya diberikan kepada kita.

Kebanyakkan kita sibuk mengejar rezeki sampaikan lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Kita juga lupa mencari erti sebenar keberkatan hidup yang diredhai Allah. Setiap bulan dapat gaji beribu-ribu pun,tapi masih ada satu ruang kosong yang tidak dapat memuaskan hati walaupun gaji diterima itu sudah cukup besar.

Di manakah silapnya hidup kita ni. Ayuh..mari kita baca satu perkongsian kisah hidup rakan saudara Muhammad Hassan. Semoga kita dapat pelajari sesuatu tentang keberkatan rezeki. Semoga bermanfaat.

Konsep Rezeki Berkat

Sekarang baru saya betul-betul faham. Jika rezeki kita berkat gaji RM 1000 sebulan pun boleh survive.

Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah akan bagi kesihatan yang baik. Rupanya dengan rezeki yang berkat Allah bagi kebahagian dan ketenangan.

Dengan rezeki yang berkat anak-anak akan taat ibu bapa, isteri akan taat suami, suami akan faham tanggungjawab. Dengan rezeki yang berkat jiran tetangga akan senang hati dengan kita, tanah-tanah akan subur, tanaman akan tumbuh dengan baik.

Dengan rezeki yang berkat Allah s.w.t akan tanamkan dalam jiwa kita untuk sayang semua makhluk. Dengan rezeki yang berkat setiap hari rindu akan sedekah.

Dengan rezeki yang berkat apabila ditimpa ujian terus mereka akan mengadu kepada Allah s.w.t.

Gaji Sikit Tapi Mampu Bayar Cash

Rakan saya gaji rm30-40 sehari. Tapi mampu solat 5 waktu berjemaah, kereta tunai, rumah tunai, keluar berdakwah setiap bulan. Anak di madrasah hafal al-Quran. Lagi saya senyum beliau pernah dapat hadiah sebuah kereta viva praduan di pasaraya. Sebelum ini ya Allah tengok kereta memang sedih, tiada penghawa dingin, selalu rosak atas jalan, di traffic light. Tapi berkat doa beliau Allah bagi kereta viva.

Saya tanya beliau apa formula hidup senang dan berkat?

“Jangan tinggal ini.”

Beliau tunjuk dalam poket. Ada Al-Quran kecil.

Allahu. Sayang beliau. Setiap kali jumpa pasti peluk dan cium dahi beliau. Selalu minta beliau doakan untuk saya.Tuan puan, kita jahat, kita banyak dosa. Tapi Allah tetap sayang kita, Allah tetap bagi rezeki kepada kita.

Ads

Bajet lari? Duit tak cukup? Amalkan amalan dan doa ini untuk sentiasa murah rezeki.
Nikmat dan rezeki yang diberikan Allah SWT terhadap hambaNya, termasuk yang bukan Islam bertepatan dengan sifat Al-RahmanNya. Bermakna Dia akan memberi kebaikan terhadap mereka yang sentiasa berusaha.

Namun ada hari-harinya kita berdepan dengan masalah kewangan sehingga perbelanjaan tertentu terpaksa dipotong dan rasa seperti tidak ‘cukup’.

Sebagai umat Islam, terdapat beberapa amalan dan doa murah rezeki yang boleh diamalkan malah amat disukai Allah SWT. Berikut adalah antara amalan dan doa supaya rezeki kita dilancarkan dan melimpah ruah. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak menjadi persoalan sama ada rezeki itu sedikit atau pun banyak. Yang penting sekali rezeki yang diperolehi itu diberkati, halal dan sentiasa rasa mencukupi walaupun ia sedikit.

Kalau Rezeki Tak Berkat, Gaji Rm5000 Setiap Bulan Pun Belum Tentu Cukup

Sentiasa beristighfar

Perbuatan berbentuk rintihan hamba kepada Allah SWT kerana kesal dan mengakui dosanya. Allah SWT amat suka dan kasihan kepada mereka yang sering bertaubat. Allah SWT akan memberi rezeki kepada mereka yang sentiasa beristighfar seperti yang dijanjikanNya di dalam sebuah hadith :

“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (RiwayatAhmad, Abu Daud, an-Nasa’I, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.).

Solat 5 waktu

Jika mahu rezeki sentiasa masuk dan mendapat keberkatanNya, pastikan anda tidak tinggal solat 5 waktu, malah lebih elok jika mampu menunaikan secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud :

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu nexcaya Aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah R.A).

Ads

Sentiasa bersedekah

Tahukah anda, mereka yang gemar bersedekah hartanya tidak berkurangan bahkan semakin bertambah. Sentiasa ikhlaskan hati ketika bersedekah tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalanAllah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratusbiji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (KurnianNya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261).

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa

Janganlah kita menjadi golongan anak derhaka yang mengabaikan ibu bapa dan hanya mengingati mereka ketika berdepan dengan kesempitan hidup. Berbaktilah kepada mereka selama mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kebaikan buat ibu bapa.

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah reseki(Allah) daripadanya.” (Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).

Memudahkan urusan orang lain

Sentiasa ada kebaikan untuk kita apabila kita berbuat baik terhadap orang lain. Malah Allah SWT akan permudahkan pula urusan kita. Justeru itu, sentiasalah memudahkan urusan orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang di dalam kesusahan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.” (Hadis RiwayatMuslim).

Ads

Selain amalan, umat Islam digalakkan sentiasa berzikir dan mengamal serta menghafal doa murahrezeki.

Asma’ul Husna boleh dijadikan sebagai doa murah rezeki seharian kerana ia menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati serta mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. Selain membantu melapangkan rezeki, ia juga membantu ‘memaniskan’ iman.

Surah Al-Ikhlas juga boleh diamalkan sebagai doa murah rezeki. Sebagaimana Hadis Riwayat At-Tabrani yang bermaksud:

“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkankefakiran dari penghuni rumah dan tetangga”.

Surah Al-Waqi’ah juga punya ‘khasiatnya’ tersendiri dalam usaha untuk melapangkan rezeki.

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanyakepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anakkamu.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).

Selain itu, perbanyakkan membaca “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah” yang bermaksud “Tiada dayadan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”

Begitu juga dengan membaca “La Illaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin” yang bermaksud “Tiada Tuhanyang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.”

“Barangsiapa setiap hari membaca La illaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akanmenjadi keamanan daru kefakiran dan menjadi penenteran dari rasa takut dalam kubur.” (Hadis Riwayat Abu Nu’aim dan Ad-Dailami).

 

 

 

 

 

 

Sumber : Muhammad Hassan, alkauthar.com.my 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI