Di kala orang lain sibuk balik ke kampung, kita pula terpaksa bertungkus lumus siapkan kerja pejabat yang banyak bertanggung ketika perintah berkurung. Terfikir pula perjalanan ke Pantai Timur yang jauh dan mungkin sesak dengan pengguna jalanraya lain. Tekak pun dan rindu sangat dengan air tangan ibu tersayang.
Jangan risau. Apa kata anda pujuk isteri tersayang untuk cuba ‘kenyangkan’ selera anda dengan resipi Nasi Kerabu Kelantan ni. Sebelum ni kita mungkin asyik mengharapkan ibu untuk menyediakannya tapi kalau dah rindu sangat, minta tolong isteri pula untuk belajar buat menu ni.
Jangan terlalu berharap untuk rasanya sama macam air tangan ibu. Sekurang-kurangnya isteri sanggup untuk belajar masak menu ni demi suami tersayang. Suami kenalah hargai!
Ok jom kita mulakan!
Nasi Kerabu Kelantan
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai – ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak – agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan-bahan:
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je.. Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
Nah! Siap dah menu makan malam. Tak pun, boleh je buat hujung minggu nanti. Nak balik ke kampung belum ada kesempatan jadi kita minta tolong isteri praktis buat sendiri. Lepas ni kalau suami ‘mengidam’, bolehlah isteri tunjuk skil memasak. Betul tak? Macam tu baru suami makin sayang!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
kredit:nurul farhanim/Rencah