Setiap manusia menginginkan pasangan yang tepat dan terbaik untuk menjamin kesejahteraan hidup yang harmoni. Tidak semestinya sesebuah hubungan itu berakhir dengan kisah suka tanpa ada duka sengketa.
Kadang kala tidak salah untuk bertanya kepada diri sendiri sama ada pasangan anda adalah yang tepat untuk anda. Anda boleh melihat tanda-tanda bahawa pasangan anda itu adalah pasangan yang terbaik ataupun tidak.
Jom kita lihat lima tanda si dia merupakan pasangan yang secocok dan terbaik untuk anda!
1. CEMBURU BUKAN CINTA
Anda sering mendengar cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Lebih cemburu pasangan anda maka lebih kuatlah cinta si dia kepada anda. Namun hakikatnya ia tidak benar. Cemburu itu adalah salah satu sebab kepada kemusnahan sesuatu perhubungan dan ia mesti dikawal.
Ads
Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda menerima bantuan seseorang, ini tidak bermakna bahawa dia berkongsi perasaan intim dengan individu tersebut. Namun ramai pasangan yang tidak dapat memahami kebenaran ini. Kebanyakannya lebih suka melihat pasangannya sebagai ‘harta’.
Terdapat banyak perkara yang boleh mendekatkan anda dengan pasangan anda tetapi cemburu dengan mudah akan memusnahkan segala-galanya.
2. JARAK
Perhubungan jarak jauh adalah sesuatu yang membahayakan perhubungan. Jarak yang besar di antara anda dan pasangan akan menyukarkan anda untuk bertemu dengan pasangan anda dengan lebih kerap. Anda dan pasangan anda lebih gemar menghabiskan masa lapang sendirian.
Hubungan jarak jauh adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Walaupun dengan kemajuan teknologi yang memudahkan anda untuk berhubungan dengan pasangan anda namun ia tidak sama seperti meluangkan masa bersama dengan pasangan anda.
Ads
3. SENTIASA BERGADUH
Ramai pasangan yang percaya pergaduhan kecil antara pasangan bukanlah perkara yang membahayakan. Sudah tentu, tiada pasangan yang boleh mengelak daripada pertengkaran sama sekali. Ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perhubungan dan ia juga penting dalam menguatkan lagi hubungan anda bersama pasangan.
Namun jika anda dan pasangan kerap bertengkar, ia mungkin tanda untuk anda mengambil serius tentang hubungan anda bersama pasangan. Pertengkaran yang kerap berlaku boleh membawa kepada penderaan fizikal.
Anda harus berfikir secara perspektif, apa yang akan terjadi pada diri anda dalam masa beberapa tahun? Bagaimana hidup anda bersama si dia dalam masa 5-10 tahun apabila tiada lagi kata manis dan hanya ada pertengkaran yang tidak kesudahannya? Anda perlu gambarkan masa depan anda bersama pasangan dan bagaimana kehidupan itu sesuai dengan konsep anda tentang keluarga dan kasih sayang.
Ads
4. MATLAMAT YANG TIDAK SERASI
Sikap berlawanan pasti akan tertarik. Ia adalah ungkapan yang sering didengar namun ia adalah berbeza dengan kehidupan yang sebenar. Ia mungkin akan kelihatan sempurna ketika anda dan pasangan anda belajar di universiti yang sama namun sebaik sahaja anda mula mengejar kerjaya yang berasingan, anda dan pasangan akan mula kurang meluangkan masa bersama.
Akibatnya, hubungan anda bersama pasangan akan menjadi dingin. Ia sudah tentu sukar untuk mencari pasangan yang mempunyai matlamat yang hampir sama dengan anda namun anda perlu pastikan pasangan mempunyai misi yang sama seperti perancangan rumah, pengagihan peranan dalam keluarga, membesarkan anak, pendidikan dan nilai moral. Jika pendapat anda berbeza dengan pasangan maka tidak usah menipu diri sendiri, tidak kira betapa kuat cinta anda kepada pasangan anda.
5. SENTIASA MERAGUI PILIHAN ANDA
Tidak mengapa sekiranya anda meragui hubungan anda dan merasa gelisah apabila anda memikirkan kemungkinan anda akan berkahwin dengan pasangan. Tetapi dalam hubungan yang sihat, masa akan sentiasa membantu untuk mengurangkan keraguan dan kebimbangan anda.
Tempoh yang anda luangkan bersama pasangan anda akan mengurangkan perasaan bimbang yang anda alami. Secara beransur-ansur anda akan menemui ciri-ciri dan kualiti yang pasangan anda miliki, seterusnya anda akan dapat kepuasan dalam hubungan anda bersama pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar atau tidak anda mungkin seorang yang bermasalah jika anda ada ciri-ciri ini dalam hubungan anda dan si dia.
Tapi itu tidak bermakna anda adalah penyebab rosaknya hubungan anda. Mungkin perlunya memperbaiki dan mengawal perasaan daripada benda yang negatif. Apa kah itu? Lihat di bawah.
1. Anda biarkan pasangan anda lakukan semuanya
Salah satu penyebab anda mungkin bermasalah adalah dengan anda membiarkan segalanya dilakukan oleh pasangan anda, walhal anda boleh lakukannya bersama.
2. Anda tidak gembira dengan diri sendiri
Semua perkara yang anda lakukan tidak menggembira kan. Mengapa? Rupanya ia berpunca dari diri anda sendiri bukan pasangan.
3. Suka mengelak selepas bertengkar
Selepas bertengkar dengan pasangan anda lebih selesa untuk mendiamkan diri dan mengelak daripadanya. Sepatutnya anda dan si dia harus berbincang agar perkara ini tidak terus berlaku.
4. Bersangka buruk terhadap pasangan
Anda selalu bersangka buruk terhadap pasangan anda yang secara terangnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang mencurigakan.
5. Anda tak boleh mengaku kesalahan
Apabila ego menguasai diri, ini lah yang akan berlaku. Anda seperti tidak mahu mengalah dan tidak mahu mengaku kesalahan anda padahal memang anda yang lakukannya.
6. Anda tak kekal dalam topik apabila berhujah
Suka mengelak daripada soalan yang ditanya daripada berbincang dengan topik yang sepatutnya perlu dibincangkan. Anda sering menukar ke topik yang lain.
7. Anda anggap anda bukan daripada sebahagian masalah yang berlaku
Walaupun ianya adalah masalah anda bersama tetapi anda seolah-olah melepas tangan dan tidak kisah seperti tiada apa yang berlaku. Anda biarkan pasangan selesai seorang diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan selepas berumah tangga. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi masing-masing.
Suami Isteri Wajib Me Time
Seperti yang dikongsi oleh saudara Firdaus Shakirin, kalau nak tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah.
Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Begitulah lebih kurang.
Jadi tak seronok juga, si suami pergi balik kerja hari-hari. Si isteri menguruskan hal rumah hari-hari. Si anak pergi belajar hari-hari.
Belanja Ikut Bajet
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat.
Risau nanti masing-masing burn out, terus tak harmoni isi rumah itu. Duit ini, kita guna atau tak, kita tak guna ke, tetap habis serupa tu juga. Tak lekat juga kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, duduk saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit, duit banyak, kita belanja cara banyak. Takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Owh ya, zaman sekarang bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak juga kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan, isi minyak kereta, jalan-jalan. Letak tikar, bawa lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Dan perlu kita tahu, anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Lebih rasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita yang terlalu taksub dalam menjaga kecantikkan luaran dan mengabaikan kecantikkan dalaman. Sebenarnya, kesihatan dalam adalah antara yang paling penting untuk dijaga agar kecantikkan luaran turut terserlah.
Antara aset utama yang penting dalam tubuh wanita adalah peranakkan atau rahim. Ramai wanita yang telah melahirkan anak mengalami peranakkan jatuh, ini bukan masalah ringan, kerana ianya adalah aset yang sangat penting dalam tubuh badan dan berkait rapat dengan keintiman suami isteri.
angan ambil ringan apabila terasa sakit di bahagian belakang, sukar membuang air besar dan terkencing apabila terbatuk. Tidak selesa semasa mengadakan hubungan kelamin kerana berasa seperti ada benda yang turun di bahagian vagina.
Tidak ramai mengetahui masalah sebenar gejala ini sehinggalah ke peringkat agak teruk dan mendesak mereka membuat pemeriksaan doktor. Sebaiknya jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena pada peranakkan anda, sila buat pemeriksaan segera.
Bahasa perubatan dikenali sebagai Uteral Viginal Prolapse (UVP) adalah situasi di mana rahim turun/jatuh dari tempat asal melalui saluran faraj atau kadang-kadang berada di luar saluran faraj.Dianggarkan kira-kira 30% daripada wanita yang pernah bersalin secara normal dan lebih daripada dua atau tiga kali bersalin akan berasa ada simptom-simptom rahim jatuh.
Tiga peringkat masalah rahim jatuh :
1) Peringkat pertama – rahim turun sedikit sahaja
2) Peringkat kedua – rahim sedikit terkeluar pada lubang faraj
3) Peringkat ketiga – rahim terkeluar sepenuhnya. Pada peringkat ini ia boleh mengganggu proses membuang air.
Tip untuk jaga peranakan
1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
2. Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ini menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit yang teruk. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik.
4. Memakai girdle atau sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat.
5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
7. Amal makan jamu sejak anak dara.
Jaga peranakkan anda dengan baik, jangan ambil mudah jika anda mengalami simptom-simptop kejatuhan peranakkan.
Sekian petikan dari bm.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!