Bila ada satu perkara yang berlaku dalam hidup kita dan perkara itu bukan yang kita mahu, fahamlah yang itu semua adalah satu pandangan daripada Allah.

Dia nak tengok apa respon kita terhadap setiap perkara yang jadi tu. Ini antara yang kita kena sedar;

1. Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia. Maksudnya semua benda ada hikmah. Nak mudah faham, semua yang berlaku ada kebaikan buat kita.

Kebaikan yang kita nampak atau tidak. Tapi percayalah pasti akan ada. Cuma cepat atau lambat. Dan kita sedar atau tidak sahaja.

2. Setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik buat kita. Semuanya terbaik.

Kena ingat, terbaik ni pada ilmu Allah. Bukan pada ilmu kita. Jadi kalau pun pada kita benda yang jadi itu satu benda yang buruk, tetaplah sebenarnya itu adalah yang paling baik waktu itu buat kita.

3. Kita kena rasakan diri kita hamba. Tak ada kuasa nak kawal semua yang berlaku pada diri sendiri.

Ads

Jadi kita kena sedar yang kita wajib bergantung harap pada Allah. Maka selepas usaha yang kita buat, serah keputusan dan hasilnya pada Allah. Yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita.

4. Allah tak pernah zalim pada kita. Jadi apa yang kita usahakan, percayalah ada hasilnya nanti. Dan itu pastilah yang selayaknya buat kita.

Kalau Tak Dapat Nak Selamatkan Perkahwinan, Selamatkanlah Iman & Hubungan Hati Kita Dengan Allah

Dia begini kawan-kawan,

Ads

Saya berdepan dengannya kes rumahtangga. Yang cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Mana yang selesai alhamdulillah. Tapi banyak juga tak berjaya.

Bila tak berjaya, mereka akan ke arah perceraian dan pembubaran perkahwinan.

Waktu dah ke fasa ini apa yang berlaku banyaknya salah menyalahkan. Suami salahkan isteri, isteri salahkan suami. Tuduh menuduh dan akhirnya membawa kepada hina menghina pun ada.

Kalian semua, ini ujian. Ujian dalam kehidupan. Macam yang saya sebut awal tadi, Allah sedang menanti apa respon kita terhadap semua ini.

Ads

Apakah kita terus mengaku diri lemah kerana kita hamba? Apakah kita rasa bersalah dan terus memaafkan pasangan kita? Apakah kita bertaubat atau masih pertahankan ego yang ada?

Dan akhiranya apakah kita kembali sujud menangis dan mengadu semua yang berlaku pada Allah?

Ini yang Allah nak tengok pada kita. Jadi di mana kedudukan kita waktu ujian ini berlaku?

Kalau kita tak dapat nak selamatkan rumahtangga kita, selamatkanlah iman dan hubungan hati kita dengan Allah. Harapnya tidak rumahtangga runtuh, iman kita juga ranap sama kerana tidak redhanya kita dengan takdir Allah.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Sedih.

Penulis asal: Firdaus Mokhtar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI