Kalau Tak Nak Perut Ke Depan Sebelum Dan Selepas Kahwin, Bersenamlah Walaupun Sibuk Kerja!

Share

Bersenam meningkatkan tenaga anda untuk meneruskan aktiviti harian anda dan seterusnya menjadikan anda cergas dan lebih produktif. Ia juga adalah cara untuk memperbaiki kesihatan terutama ketika usia kita semakin meningkat. Tambahan sebagai pengantin baru, bentuk tubuh dan tahap kesihatan amatlah penting. Jaga kesihatan sebelum tiba hari bahagia, jadilah pasangan pengantin yang sihat dan kacak di hari bahagia. Sekali je kan seumur hidup.

KEBANYAKAN LELAKI DI LUAR SANA MEMBERIKAN ALASAN TENTANG KESIBUKAN WAKTU KERJA YANG MENYEBABKAN MEREKA KETIADAAN MASA LAPANG UNTUK MEMBUAT SENAMAN.

Jom kita tengok bagaimana beberapa orang lelaki yang mengutamakan senaman sebagai rutin utama kesihatan mereka.

1. Bersenam Menjadikan Anda Produktif

Seorang doktor mendakwa senamanlah yang menjadikan dia lebih produktif dalam melaksanakan tanggungjawab harian beliau. Ia membantu beliau fokus dan bertenaga sewaktu berada di tempat kerja.

Ia bertindak sebagai penjana produktiviti seseorang lelaki, menurut kata doktor itu. Ia juga boleh membantu mengurangkan kos rawatan hospital yang tinggi.

2. Dedikasikan Waktu Untuk Bersenam

Menurut salah seorang dari lelaki yang kami temui, mereka sendiri yang mencari masa untuk bersenam. Dia memanfaatkan masa yang terluang untuk bersenam dan ke gimnasium bagi aktiviti kecergasan.

Dedikasikan masa untuk senaman boleh membuatkan anda sukar untuk meninggalkan rutin tersebut pada kemudian hari nanti.

3. Mencari Rutin Yang Bersesuaian

Seorang lagi lelaki yang kami temui pula mendakwa bahawa senamanlah yang membuatkannya kekal aktif melaksanakan tanggungjawabnya dari pagi ke petang.

Mengetahui bahawa dirinya mudah bosan dengan rutin yang sama, beliau mengubah beberapa rutin yang bersesuaian dengannya untuk menjadikan senaman itu lebih menarik.

4. Tetapkan Keutamaan Anda

Mengorganisasikan rutin senaman anda juga boleh membantu anda untuk kekal berada di dalam landasan yang betul. Tetapkan keutamaan anda untuk kekal fokus pada rutin anda.

Selain dari kecergasan diri, ia juga boleh membantu anda untuk mendisiplinkan diri dalam mencapai matlamat anda terutama dalam soal kesihatan dan kecergasan.

Published by
Kim