Kalau Tak Pandai Memujuk Pasangan, Jangan Sesekali Buat 7 Perkara Ini!

Share

Perasaan sakit hati dalam perhubungan boleh membuatkan anda dan si dia menjadi renggang sekali gus menjadikan hubungan cinta yang dijalin semakin memudar. Oleh itu, anda harus tahu bagaimana hendak menjaga hati pasangan agar dia tidak terasa hati dan merajuk.

Mungkin anda tidak sedar sikap anda yang boleh mengguris hati si dia membawa hubungan cinta anda bersamanya menjadi pedih. Pasangan yang baik memerlukan komunikasi dua hala, respek dan tabiat yang baik kedua-dua pihak. Jangan biarkan perkara-perkara yang boleh mengganggu hubungan anda daripada berlaku.

Jom kita lihat 5 perkara yang boleh membuatkan hubungan cinta menjadi pedih dan memeritkan!

1. MENGINTIP

Bila terlalu cemburukan si dia, mulalah anda mahu mengintip pergerakannya setiap masa. Kepercayaan terhadap pasangan adalah kunci kebahagiaan. Hormat privasi si dia, jangan curi baca e-mel, pesanan ringkas (SMS) dalam telefon atau apa sahaja yang mengganggu hak peribadinya.

2. PERGADUHAN

Dalam hubungan, perselisihan faham akan mematangkan kedua-dua pihak dan menjadikan kamu berdua lebih memahami antara satu sama lain. Jangan gaduh hal yang remeh kerana ia akan membuatkan pasangan anda naik muak. Walaup sekecil mana masalah yang anda hadapi, selesaikannya dengan cara yang baik.

3. CEMBURU BUTA

Adakah anda seorang yang kuat cemburu? Jika ya, elakkan dari aktif melayari media sosial seperti Facebook danTwitter. Jangan terlalu cemburu tak tentu fasal, kerana sifat cemburu kamu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam perhubungan.

4. MELEKAT DENGAN SI DIA

Setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri. Jangan asyik nak melekat dengan dia setiap hari, takut lama-lama nanti jadi bosan. Berikan si dia sedikit ruang dan jangan melarang dia daripada melungakan masa bersama keluarga dan teman-temannya. Apabila pasangan kamu sudah puas bersendirian, ia akan menjadikan masa bersama itu lebih berharga.

5. MEMENDAM RASA

Jika anda atau si dia mempunyai rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara, eloklah dibawa berbincang. Usah pendamkan rasa tidak puas hati itu sehingga menjadi bengkak. Jika dipendam terlalu lama, khuatir hubungan bertambah buruk!

6. BERBOHONG

Hal yang satu ini rasanya dapat difahami oleh sesiapan pun. Ya, kebiasaan berbohong terhadap pasangan tentu dapat menjadi karma dalam sebuah hubungan. Jadi, jangan sesekali biasakan diri anda untuk berbohong walaupun berbohong untuk hal-hal yang kecil. Ingat, ketika anda berbohong kepada si dia, itu bermakna anda sedang mengikis rasa percayanya pada anda sedikit demi sedikit.

7. TERUS BERDIAM

Apakah andalebih kerap berdiam ketika anda marah atau kecewa dengan si dia? Mulai saat ini, anda harus hilangkan sikap tersebut. Jika ada perasaan kekok anda terhadap si dia, segera berkomunikasi. Anda perlu ingat, pasangan anda tidak selalunya dapat membaca fikiran anda. Jadi, daripada terjadi salah faham, lebih baik anda utarakan secara baik-baik apa yang anda rasakan.

Published by
Fadhli Ismail