Kalau Tengah Marah

Tidak semua orang mampu kawal emosi bila tengah marah pada pasangan. Tetapi cara ini bahaya dan memburukkan lagi keadaan.

Sekal pun tertekan, elakkan menaip sesuatu di laman media sosial. Boleh cuba jauhkan diri dari membuka laman media sosial dan cari cara kain untuk lepaskan stress.

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, orang luar tak mahu tahu pun apa yang berlaku. Buat keruh keadaan sahaja. Nah, jemput baca!

Kalau Tengah Marah, Elakkan Tuju Status

Kalau Tengah Marah Si Dia, Tak Payah Update di Media Sosial!

Hari ini bila pasangan buat hal, kau up bersepah status, story tuju kat dia.

Ads

Esok lusa bila sudah baik balik, up pula status, story romantik-romantik, sayang-sayang, memuah-muah kat dia.

Ini nak tunjuk apa kat dunia? Nak tunjuk pasangan anda itu baik ke jahat?

Ads

Orang ramai tak nak tahu apa yang anda lalui dan anda pun tak ada keperluan untuk update orang ramai dengan apa yang anda dan pasangan hadapi.

Kawal Emosi dan Keadaan

Kalau Tengah Marah Si Dia, Tak Payah Update di Media Sosial!

Ads

Belajar untuk keep it to yourself. Waktu baik ke, time gaduh ke, apa pun tahan diri untuk published out whatever yang berlaku antara anda dengan pasangan.

Tak perlu nak highlight perbuatan dan perangai pasangan di social media.

End up, anda masih tak mampu tinggalkan dia walaupun status dan story dah berjela-jela cakap dia itu macam itu, macam ini. Kau terpaling disakitilah, kau terpaling dianiayai lah…kau terpaling mangsa lah.

Itu lemahnya orang yang sikit-sikit up status tentang apa yang berlaku antara dia dan pasangan. Jenis tak boleh kawal emosi dan cepat melting bila dipujuk dan dijanji.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI