Selain “I love you” ada tiga lagi kata-kata yang berkuasa dan boleh beri pengaruh besar dalam sesuatu perhubungan.

Rumahtangga sakinah mawaddah warrahmah menjadi dambaan semua yang berkahwin.

Selalunya interaksi dengan pasangan kelihatan sukar, serba salah dengan tuturkata dan ada juga yang mudah saja melepaskan kata. Penulisan kali ini menekankan 3 kata-kata ‘power’ yang sangat membantu dalam kehidupan seharian.

3 KATA -KATA POWERFULL & BERPENGARUH KEPADA PASANGAN

Selain I Love You, Ini Perkataaan Lain Buat Pasangan Rasa Disayangi
gambar sekadar hiasan

#1- TOLONG

Biasakan menggunakan perkataan “minta tolong” ketika meminta pasangan melakukan sesuatu. Nampak remeh tetapi ianya memberi pengaruh besar terhadap komunikasi antara suami dan isteri.

Kerana ramai diantara kita beranggapan meminta tolong itu mudah, banyak yang menyalahgunakan teknik yang betul untuk meminta tolong.

Ucaplah minta tolong ini sebaiknya supaya orang lain mudah memberi pertolongan. Hatta suami sekalipun, gunakanlah “minta tolong” saat mahu dibantu.

“Minta tolong awak jemput abang petang ini”

atau

Ads

” Ambil abang sekarang”

Yang mana pilihan anda?

 

Selain I Love You, Ini Perkataaan Lain Buat Pasangan Rasa Disayangi

#2- TERIMA KASIH

Mahalnya sebuah ucapan terima kasih.

Ads

Usahlah menunggu masa sesuai tetapi ucapkanlah “TERIMA KASIH” kepada pasangan anda setiap hari kerana Allah telah menciptakan anda dan pasangan untuk saling melengkapi di antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain setiap hari semua pasangan akan berusaha melakukan perkara yang terbaik untuk pasangan anda.

Jadi, ringankan mulut dan ucap “TERIMA KASIH” kepada pasangan untuk menghargai dan memupuk kasih sayang terhadap pasangan anda.

 

Selain I Love You, Ini Perkataaan Lain Buat Pasangan Rasa Disayangi

Ads

#3- MINTA MAAF

Ungkapan maaf menjadi elemen penting dan bermakna dalam kehidupan berpasangan kerana dalam proses menempuh kehidupan rumahtangga kita tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesilapan.

Jika kita benar- benar menghayati betapa luasnya kemaafan Allah S.W.T kepada insan begitulah jua kita wajar memberi maaf kepada pasangan kita tanpa mengira sebesar mana kesalahan yang dilakukan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud

“Dialah yang maha pengampun dan lagi maha pengasih”
(Surah al-Buruj :14)
Nak tahu bagaimana mohon maaf dengan baik? Jemput baca di sini

Sebagai penutup untuk pertemuan kali ini, cuba praktikkan kesemua kata-kata power ini dalam membentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.

Wallahu’alam. Biiznillah Ya Baari.

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI