Dalam mencari-cari lokasi majlis perkahwinan, pastinya anda ingin yang sempurna. Bukan hanya memudahkan untuk bakal pengantin dan keluarga malah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu nanti. Selain itu katering yang menghidangkan pilihan juadah yang enak bakal membuatkan tetamu terkenang-kenang.
Andai mencari lokasi majlis perkahwinan, Dewan Perdana Zafran bakal menyempurnakan impian perkahwinan anda. Dewan Perdana Zafran adalah cetusan daripada Sha jam Caterer yang diusahakan oleh Tuan haji Mohd Ariff Bin Shariff lebih dikenali sebagai Hj.Bob iaitu 100% bumiputera. Dewan ini terletak di Kompleks Desa, Kepong, Kuala Lumpur.
Sha jam Caterer telah beroperasi selama 20 tahun. Sering menerima tempahan makanan berskala besar seperti menerima tempahan daripada sektor kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, sektor swasta, majlis perkahwinan dan pelbagai majlis keramaian.
Tuan Hj.Bob pakar dalam masakan barat dan timur memandangkan dia pernah bekerja sebagai chef di hotel yang bertaraf lima bintang dan sudah berpengalaman selama 20 tahun. Dia juga bekas penuntut jurusan Kulinari di Universiti Teknologi Mara.
Mempertaruhkan beberapa resipi yang diperturunkan arwah ibu bapanya seperti nasi udang, nasi briani, rendang dan kambing panggang.
Ads
Nasi udang yang dimasak ibunya agak unik. Nasi yang ditanak bersama udang. Nasi udang masakan ibunya pada asalnya hidangan yang sangat ringkas dan memang tidak akan dapat di tempat lain. Bagi tujuan komersial, rasa nasi udang ini, Hj. Bob telah menambah baik dengan menumis udang gred A bersama serbuk ketumbar dan beberapa jenis rempah rahsia yang dicampurkan ke dalam rebusan basmathi.
Penggemar nasi briani – hidangan signature Sha jam Caterer lebih ringan, kurang minyak dan tidak terlalu berbau rempah. Nasi briani adalah kepakaran ayah Hj. Bob. Campuran rempah diadun sendiri dan ada teknik tertentu memasak supaya kanji dapat dikeluarkan. Inilah antara keistimewaan masakan katering oleh Sha jam Caterer.
Ads
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri adalah amanah Allah untuk kita. Seorang suami harus mendidik dan menjaga isterinya mengikut ilmu yang betul. Ya, isteri adalah perempuan, sebab itu sifatnya lemah lembut ingin selalu di manja dan dahagakan kasih sayang dari seorang suami.
Namun, ada kalanya mereka tidak menunjuk sifat itu kerana mahu suami sendiri yang melakukannya tanpa disuruh. Takut ada pula yang berkecil hati. Para suami kalau nak tahu, 10 perkara ini mungkin boleh membantu anda. Selamat mencuba!
1.”Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja”
Memang menjadi kebiasaan terutamanya masyarakat melayu,pasangan suami isteri tidak menunjukkan keintiman hubungan suami isteri di di khalayak ramai.Ini disebabkan faktor masyarakat yang penuh dengan tatatertib serta adab sopan.Tetapi masih ada ruang lain yang suami isteri boleh mengambil peluang untuk melakukannya.Seperti waktu suami isteri keluar bekerja.
Bagaimana cara yang paling baik untuk mencium isteri dan meninggalkan kesan positif kepadanya? Mengucup bibirnya sambil tangan anda memegang kedua-dua belah tangannya.Kucuplah dengan ikhlas dan rasa cinta kepada isteri anda. Ketika pulang kerumah, buat perkara yang sama tetapi kucuplah pipinya. Mengapa pipi pula? Setelah seharian bekerja,berkemungkinan mulut anda sudah mula berbau. Ini akan memberikan rasa yang tidak selesa poda isteri anda.
Tapi sekiranya anda seorang suami yang selalu menggosok gigi walaupun di pejabat,maka tak salah mencium bibir isteri.Lakukannya setiap hari dan anda akan melihat kesan positif bukan sahaja kepada isteri malahan kepada diri anda sendiri.
2.”Saya suka suami saya selalu memeluk saya”
Salah satu perkara yang membuatkan isteri atau wanita merasakan ketenangan dan cinta adalah dengan cara memeluknya dengan erat. Bilakah waktu yang sesuai untuk memeluk isteri anda?
Waktu yang sesuai memeluk isteri adalah ketika berpisah dengannya seperti keluar bekerja dan sebagainya.Anda hanya perlu melakukan satu pelukan yang ikhlas beserta rasa cinta kepada isteri anda. Peluk isteri anda dengan erat selama sekurang-kurangnya 10 saat.
3. “saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga”
Datang dari belakang isteri anda yang sedang berdiri atau sedang melakukan kerja di dapur,peluklah tubuhnya dari belakang sambil bibir anda mencium pipi isteri anda.
Anda boleh membisikkan sesuatu ke telinganya seperti “I love U”, “hi sayang” dan sebagainya.Pastikan isteri anda sedar akan kehadiran anda,kerana sekiranya si dia tidak sedar kehadiran anda dibelakangnya,berkemungkinan isteri anda akan terperanjat.
4. “saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami”
Bagi lelaki, memegang tangan merupakan perkara biasa.Tetapi bagi wanita, tangan merupakan anggota yang sangat sensitif.Bagi wanita, tangan bagaikan mewakili seluruh jiwa dan raga. Suami perlulah kerap memegang tangan isteri kerana disitulah terletaknya titik kemesraan serta rasa dihargai.
5. “Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa”
Boleh dikatakan hampir kesemua wanita suka kepada lelaki yang boleh membuat mereka tersenyum dan ketawa. Senyum adalah ubat segala duka. Sentiasa mencari idea bagaimana menceriakan isteri akan membuatkan isteri anda sentiasa ingin anda bersamanya sentiasa.
6. “Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya”
Satu perkara yang agak sukar kepada suami-suami di Malaysia khususnya untuk mengucapkan “i love you” atau ” abang sayangkan sayang” kepada isteri. Hakikatnya perkataan itulah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua isteri.
7. Memasak untuknya
Sekali sekala suami juga perlu masak untuk isteri.Sering kita dengar ungkapan “nak pikat hati suami adalah dengan perutnya”.Maksudnya isteri kena pandai masak. Ungkapan ini memang ada kebenarannya pada lelaki dan bernar juga kepada wanita.
Kajian di Amarika mendapati 60% wanita akan melakukan hubungan seks selepas menikmati makanan yang dimasak lelaki tersebut. Anda bagaimana?masak untuk isteri sekali sekala apa salahnya.
8. “saya suka suami senyum pada saya”
Lemparkanlah senyuman manis anda kepada isteri setiap kali anda pergi atau pulang dari kerja.Ia menggambarkan kepada isteri anda bahawa dia sentiasa diterima disisi anda.
Jika isteri anda menggayakan baju baru dan bertanya “cantik tak baju ni?”apa anda akan jawab? “cantik!”.
sebenarnya bukan baju yang ditanya oleh isteri anda.Anda patut menjawab”cantik sayang pakai baju ni”.
10. “Saya harap suami saya selalu menghubungi saya”
Adalah cukup memuaskan hati seorang isteri jika mendapat SMS dari suami “sayang dah makan?” atau “sayang buat apa tu?”. Lebih hebat lagi kalau anda menalifonnya atau menghantar SMS ” i love you”.Bagi suami SMS atau menalifon isteri adalah satu perkara biasa.Tapi tidak pada isteri atau wanita.
Sumber : Cinta suami isteri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.
Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah zikir dan doa pembuka pintu rezeki ini dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kita.
1. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-Tabrani)
2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan Beristighafar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Semoga Allah mengabulkan Doa kita. Semoga Bermanfaat. In shaa Allah.
Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua, cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istikamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.
Sumber : Islam Itu Indah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya, solat sunat Istikharah ini bukanlah hanya tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ia disebut secara umum – iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan, maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah.
Cara solat sunat Istikharah
1. Lafaz niatnya:
Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
2. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali)
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali)
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali)
3. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
4. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT agar dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
5. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
6. Kemudian baca doa solat sunat Istikharah:
7. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Ketika berdoa, sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini ..….. (sebutkan perkaranya).”
8. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT, sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
9. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. In sha-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!