Katering Dengan Pilihan Juadah Yang Enak Bakal Membuatkan Tetamu Terkenang-Kenang Di Majlis Kahwin

Share

Dalam mencari-cari lokasi majlis perkahwinan, pastinya anda ingin yang sempurna. Bukan hanya memudahkan untuk bakal pengantin dan keluarga malah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu nanti. Selain itu katering yang menghidangkan pilihan juadah yang enak bakal membuatkan tetamu terkenang-kenang.

Andai mencari lokasi majlis perkahwinan, Dewan Perdana Zafran bakal menyempurnakan impian perkahwinan anda. Dewan Perdana Zafran adalah cetusan daripada Sha jam Caterer yang diusahakan oleh Tuan haji Mohd Ariff Bin Shariff lebih dikenali sebagai Hj.Bob iaitu 100% bumiputera. Dewan ini terletak di Kompleks Desa, Kepong, Kuala Lumpur.

Sha jam Caterer telah beroperasi selama 20 tahun.  Sering menerima tempahan makanan berskala besar seperti menerima tempahan daripada sektor kerajaan untuk  urusan rasmi kerajaan, sektor swasta,  majlis perkahwinan dan pelbagai majlis keramaian.

Tuan Hj.Bob pakar dalam masakan barat dan timur memandangkan dia pernah bekerja sebagai chef di hotel yang bertaraf lima bintang dan sudah berpengalaman selama 20 tahun. Dia juga bekas penuntut jurusan Kulinari di Universiti Teknologi Mara.

Mempertaruhkan beberapa resipi yang diperturunkan arwah ibu bapanya seperti nasi udang, nasi briani, rendang dan kambing panggang.

Nasi udang yang dimasak ibunya agak unik. Nasi yang ditanak bersama udang. Nasi udang masakan ibunya pada asalnya hidangan yang sangat ringkas dan memang tidak akan dapat di tempat lain. Bagi tujuan komersial,  rasa nasi udang ini, Hj. Bob telah menambah baik dengan menumis udang gred A bersama serbuk ketumbar dan beberapa jenis rempah rahsia yang dicampurkan ke dalam rebusan basmathi.

Penggemar nasi briani  – hidangan signature Sha jam Caterer lebih ringan, kurang minyak dan tidak terlalu berbau rempah. Nasi briani adalah kepakaran ayah Hj. Bob. Campuran rempah diadun sendiri dan ada teknik tertentu memasak supaya kanji dapat dikeluarkan. Inilah antara keistimewaan masakan katering oleh Sha jam Caterer.

Published by
Putri Adila