
Isi Kandungan
ToggleAduh, pastinya agak sedih bagi kaum wanita yang tidak boleh berpuasa pada hari pertama di bulan Ramadan kerana didatangi haid. Memang sedih tapi apa boleh buat kan?
Ingat ya wahai kaum wanita, walaupun anda sedang dalam haid, anda masih boleh melakukan amalan yang boleh menambah pahala anda. Datang bulan tidak bermakna anda perlu duduk sahaja.
Kami kongsikan antara 3 amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid di bulan Ramadan.
1. Berdoa & Berzikir
Bagi wanita yang sedang dalam haid, anda digalakkan untuk membaca doa dan juga zikir. Dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.”
2. Banyakkan Sedekah
Amalan sedelah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar disisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu berada di dalam keadaan yang suci daripada sebarang hadas. Maka, seseorang wanita yang sedang dalam haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini.
3. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa
Sekiranya anda memberi makanan kepada mereka yang berbuka puasa, maka anda akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. (Riwayat Al-Tirmizi: 807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)
Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bernikah Guna Skype Dan Webcam, Sah Ke?

Soalan
Baru-baru ini saya berkenalan dgn seorang lelaki Muslim yang tinggal di German. Insyaallah kami bercadang untuk bernikah. Beliau mencadangkan untuk kami bernikah melalui webcam/skype bagi mengelakkan yang haram di antara kami kerana kami setiap hari berhubungan secara Whatsapp. Menurutnya terdapat dalil yang membolehkan ini antara saya dan dia dan berwalikan Allah.
Insyaallah bila beliau datang ke sini kami akan bernikah sekali lagi depan imam dan wali yang sepatutnya. Bolehkah ini dilakukan? Mohon pencerahan daripada ustaz tentang persoalan ini.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Dalam mazhab al-Syafie, hal sedemikian tidak menjadikan akad perkahwinan itu sah. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa beliau berkata:
لَا نِكَاحَ إِلَّا بِشَاهِدَيْ عَدْلٍ وَوَلِيٍّ مُرْشِدٍ
Maksudnya: Tidak sah nikah melainkan ada dua orang saksi yang adil dan wali mursyid (adil).
Hadis riwayat al-Syafie dalam Musnad
Perkataan “لا” dalam hadis ialah nafi bagi kesahihan nikah, bukan nafi bagi kesempurnaan, seperti dalam sebuah hadis:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kalian sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi diri sendiri.
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
Syarat-syarat sah nikah ialah bakal suami, bakal isteri, sighah ijab dan qabul, dua orang saksi dan wali. Wali di sini merujuk kepada wali manusia, bukan Allah SWT, walaupun disebut dalam al-Quran:
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ
Maksudnya: Allah ialah wali bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)
Surah al-Baqarah, 2:257
Wali di sini bererti Pelindung (Yang mengawal dan menolong), bukan bererti wali nikah. Jika nikah itu dikatakan sah, kenapa perlu dicadangkan agar dinikah semula di hadapan imam dan wali yang sepatutnya? Ini tidak betul. Sebenarnya, wali nikah itu mestilah manusia dan bapa atau wali-wali lain mengikut turutan yang ditetapkan Syarak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semak Tip Pilih Jurusolek Untuk Majlis Bahagia

Buat bakal pengantin yang bakal melangkah ke jinjang pelamin, selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist juga perlu dititikberatkan. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari menjadi lebih anggun dan berseri. Sewajarnya bakal pengantin mencuba dahulu sentuhan solekan oleh jurusolek yang dikehendakinya. Di kala ini bakal pengantin boleh berbincang solekan bagaimana yang diingininya. Jika anda melihat sesuatu solekan itu cantik di wajah orang lain tidak semestinya cantik juga di wajah anda.
Semak tip untuk memilih jurusolek sempurna buat majlis bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau Make-up Artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Prewedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menetukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengok Tapak Tangan Pun Dah Tahu Sakit Apa

ANALISIS telapak tangan “The Sign of Hand” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Itulah sebabnya analisis telapak tangan merupakan salah satu bentuk analisis yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh seorang Herbalis ketika hendak merawat penyakit pesakit yang datang berubat kepadanya.
Menerusi jari dan telapak tangan anda
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI