Soalan: Adakah sahih hadith isteri sujud pada suami?
Jawapan:
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Ads
Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadith sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadith adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib]Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Ads
Tambahan pula, hadith ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadith ini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulama’ mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka, sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Makna Hadith
Antara yang boleh difahami daripada hadith ini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Ini kerana, terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Ads
Imam al-Syaukani berkata, makna hadith ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sahih li ghairihi]
Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana, sujud hanya dibenarkan kepada Allah SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada Allah SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas. Akan tetapi, hadith ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkait dengan gambar matanya lebam, penyanyi wanita, Shila Amzah berpesan kepada orang rama untuk memandang ringan isu penderaan fizikal.
Jangan Normalisasikan Penderaan Fizikal
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, menganggap perbuatan kejam sedemikian bukanlah sesuatu yang perlu dinormalisasikan.
“Saya tak faham mereka yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan individu yang sedang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.
“Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati.
“Penderaan tidak seharusnya dinormalisasikan dan tak sepatutnya dipandang remeh,” tulisnya dalam hantaran Threads.
Shila Amzah Pesan, Pilih Pasangan Yang Tepat
Pelantun lagu Memori Tercipta itu turut memaklumkan hantaran tersebut dibuat semata-mata mahu memberikan kesedaran terhadap orang ramai tentang isu berkenaan.
“Saya kongsikan kisah saya untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan pasangan sebelum berkahwin agar menjauhkan diri sebelum terlambat.
“Perkahwinan itu sukar tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin lebih sukar.
“Ini bukan tentang jantina, lelaki atau perempuan, jangan kekal bersama pendera,” jelasnya.
Sebelum ini, anak kepada penyanyi ND Lala itu mendedahkan bahawa Pulau Pinang pernah menjadi tempat yang menghantui dirinya selepas berdepan dengan detik hitam satu ketika dahulu.
Dalam satu hantaran lain, ibu kepada dua orang anak itu juga memuat naik gambar yang memaparkan matanya bengkak dan lebam seakan ditumbuk seseorang.
Namun, Shila tidak berkongsi secara terperinci mengenai insiden itu atau individu dimaksudkan.
Sudah menjadi lumrah bagi sesiapa sahaja yang membeli rumah secondhand untuk mengalami masalah keadaan tandas yang kurang memuaskan. Mana tidaknya, lantai tandas sudah mempunyai tompok putih dan dinding tandas pun dah berkarat. Jadi dengan adanya perkongsian ini tentang bagaimana untuk menghapuskan kotoran degil tersebut, kita boleh jadikan tandas rumah seperti tandas baru!
DEEP CLEANING BILIK AIR
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha. Tapi berita baiknya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air ha! Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco. Semoga bermanfaat. P/s: as requested, hani import dari ig story je
P/s: semua hardware yang boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco).
Mengikut aliran masa dan serba canggih, kebanyakkan wanita zaman sekara gemarkan bentuk wajah yang tirus dan nampak langsing. Generasi zaman sekarang, kebanyakkannya amat menitikberatkan tentang penjagaan wajah agar sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Bagi gadis-gadis yang berada dalam lingkungan 20-an, mereka sangat mengimpikan bentuk wajah yang cengkung berbanding pipi yang bulat atau lebih dikenali sebagai pipi yang tembam.
Mungkin masih ramai yang belum mengetahui akan keistimewaan bagi si pemilik pipi tembam berbanding pipi yang cengkung dan rahang yang tirus. Tahukah anda, memiliki pipi yang tembam boleh memberikan banyak kelebihan kepada si pemiliknya.
Menurut kajian juga, wanita yang memiliki pipi yang tembam juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang harus dibanggakan.Berikut merupakan sebab-sebab anda harus memiliki pipi tembam.
1. Kelihatan lebih muda
Memiliki pipi yang tembam juga adalah disebabkan faktor keturunan juga. Bagi ibu bapa yang memiliki pipi tembam, sudah pasti anak-anak mereka memiliki kelebihan tersebut. Cuba anda tatap wajah ibu ayah anda yang mempunyai pipi yang tembam, sudah pasti mereka kelihatan lebih muda dari umur sebenar mereka bukan?
2. Melambatkan penuaan
Mungkin buat masa sekarang, masih ramai yang tidak berminat dengan penampilan pipi yang tembam oleh kerana belum mengetahui akan keistimewaannya. Namun apa yang anda harus ketahui adalah, memiliki pipi yang tembam juga boleh melambatkan penuaan disebabkan pipi yang penuh dan bulat. Malah kesan kedutan juga boleh disembunyikan berbanding yang memiliki pipi yang lebih tirus.
3. Lebih kelihatan feminim
Menurut kajian, lelaki sangat gemar akan wanita yang memiliki pipi yang montel ataupun tembam oleh kerana mereka akan nampak lebih comel dan nampak sangat feminim.
4. Mudah didekati
Kebanyakkan wanita yang berpipi tembam adalah sangat mudah didekati oleh semua orang. Itu disebabkan mereka memiliki sifat yang mudah mesra dan ramah dengan sesiapapun. Mereka juga mengikut logik akal. Wanita yang memiliki pipi tembam nampak lebih sopan dan lemah lembut berbanding wanita yang berpipi tirus.
5. Pandai menyembunyikan emosi
Ketika sedang mengalami permasalahan ataupun sedang bersedih, sudah pasti amat mudah bagi mengesan emosi negatif. Namun bagi wanita yang memiliki pipi yang tembam akan membuat wajah anda nampak natural secara semulajadi dan nampak riang setiap masa. Walaupun anda tidak tersenyum, dipenglihatan orang lain anda masih saja nampak comel dan manis sekali.
6. Mudah dikenali
Paling digemari adalah, wanita yang berpipi tembam akan mudah dikenali hanya sekali pandang sahaja. Menurut sains, kita akan mudah mengenali seseorang itu dari karakter ataupun dari bentuk wajah yang nampak babyface. Betul atau tidak?
Percaya atau tidak, wanita yang memiliki pipi yang tembam akan nampak lebih enarik dan comel berbanding wanita yang berwajah tirus. Ini kerana pipi yang tembam boleh membuatkan seseorang nampak sedap mata memandang dan lebih manis dipandang.
SUMBER : bukanaku.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!