Keikue, yang merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini, ia mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
Antara sajian pencuci mulut yang popular di Keikeu ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli. Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti. Keikeu turut melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya iaitu Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nabila Razali Dedah Lamaran, Kenali Bakal Pasangannya
Menjadi teka-teki, penyanyi dan pelakon Nabila Razali menaikkan gambar dan tulisan tentang statusnya yang bakal mengakhiri zaman bujang apabila menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambarnya ketika dilamar Iruwan.
“I said yes,” titipnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.
Nabila Razali Dah Bertunang
Terdahulu, timbul dakwaan penyanyi lagu Peluang Kedua itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu namun Nabila itu enggan mengesahkan perkara tersebut.
Menerusi temu bual bersama media, Nabila memaklumkan cincin yang disarung pada jari manis yang dikatakan sebagai bertunang adalah sekadar aksesori biasa.
Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.
Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Manakala Kosmo pula melaporkan pasangan itu bakal disatukan pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.
Malah sumbernya memaklumkan pasangan itu memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka.
Lima Info Menarik Nik Iruwan
1-Nik Iruwan lulusan dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dalam bidang pemasaran.
2-Dilahirkan pada 29 Mei 1985.
3-Nik beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
4-Pemuda berusia 38 tahun ini adalah bekas pelumba kereta litar Formula dan terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.
5-Beliau adalah ahli perniagaan dan kini bertugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Nizra Group Berhad.
Difahamkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada pagi 18 November, manakala resepsi diadakan petang hari yang sama.
Sumber memaklumkan Nabila dan Nik Iruwan memilih sebuah resort mewah di pusat peranginan mewah di pusat peranginan tanah tinggi di Pahang sebagai lokasi bersejarah penyatuan cinta mereka.
Apa pun, doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Kalau betul akan berkahwin dalam tahun ini, moga dipermudahkan segala urusan majlis nanti.
Sumber: Kosmo, Instagram Nabila Razali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Solekan Mizz Nina Naikkan Serinya, Lama Tak Tengok Wajahnya Dimekap
Nampak cukup solekan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina menjadi tumpuan di majlis resepsinya setelah hampir 3 bulan bernikah dengan Essam Muhammad di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Berita itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram jurusolek, Fazz Ariffin yang memuat naik foto hasil tata rias pengasas Qalby App berusia 43 tahun itu.
Tampil anggun dengan solekan sederhana, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil kelihatan anggun dalam persalinan berwarna putih hasil rekaan pereka fesyen, Ezzati Amira.
Berjalan dari pintu masuk menuju ke pelamin, para tetamu yang hadir dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto Mizz Nina dan Essam.
Majlis tersebut juga turut dikongsikan rakan rapat Mizz Nina, Aliza Kim yang memuat naik foto pasangan pengantin bersama anak angkat Mizz Nina, Musa.
Turut kelihatan hadir memeriahkan majlis ialah pelakon Datin Lisa Surihani dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim.
Sebelum ini, Mizz Nina pernah berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.
Sumber : Sinarplus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Cuba Linut Ikan? Jemput Makan Sunway Resort Hidangkan Menu “Rare’ Ramadan Ini!
Tidak lengkap Ramadan ini tanpa mencuba bufet Ramadan yang menjadi penyeri setiap kali tibanya Ramadan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, “Jemput Makan” kembali lagi ke Sunway Resort bermula dari 4 April hingga 2 Mei 2022 ini. Ia menjanjikan pengalaman kulinari yang asli dengan mengetengahkan resipi tradisional yang terkenal di zaman dulu.
Rasai hidangan klasik pilihan resipi asli yang diwarisi turun temurun daripada nenek moyang oleh pasukan kulinari The Resort Café.
Menjadi tumpuan utama tahun ini isudah semestinya sembilan stesen yang bakal menjadi pilihan para pelanggan. Inilah masanya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan dan terokai hidangan bufet yang mewah dengan rasa yang pastinya menyelerakan.
Hidangan dari sekumpulan cef terkemuka yang diketuai oleh Sous Chef Mohamad Yatim Supaat dan Chef Senior Sous, Chef Halid Bin Hm Burus, barisan resipi tradisional termasuk, ‘Hinava’ atau Barramundi Ceviche bakal dipersembahkan buat para tetamu. Antara hidangan klasik yang mencuri tumpuan team Pesona Pengantin ialah hidangan tradisional dari Sabah yang disediakan menggunakan resipi asli oleh Chef Halid. Barramundi diperap dalam jus limau nipis yang baru diperah, cili api, bawang merah yang baru dihiris, halia muda dan peria. Selain itu Ikan Salai Terung Asam dan Linut & Ikan Ampap juga menggugat rasa. Jika anda berasal dari Sabah dan rindukan hidangan tradisi ini, Sunway Resort bakal menjadi pilihan anda untuk mengembalikan nostaligia serta mengubati kerinduan air tangan ibu!
Melangkah ke luar restoran pula, konsep stesen live action seperti bazar yang sibuk menanti, – kambing bakar yang enak dan menarik perhatian .Diperap semalaman dengan lebih 25 rempah dan aroma tempatan seperti halia tua , bawang putih, serai, lengkuas, masala, ketumbar, yogurt, pudina dan jintan manis sebelum dipanggang perlahan selama empat jam.
Hidangan untuk penggemar daging, ‘Daging Salai Panggang’ atau Daging Asap Panggang dengan pilihan daging lembu atau ayam, diperap dengan rempah tempatan selama 24 jam dan selepas itu dipanggang di atas api arang untuk kesempurnaan. Singgah ke stesen ‘Bakar’ pelbagai makanan laut segar yang dipanggang hingga sempurna. Begitu juga stesen goreng menyediakan goreng pisang, ubi goreng, cempedak goreng, cekodok dan lain-lain.
Pelbagai hidangan nasi klasik seperti Nasi Hujan Panas,Nasi Tomato, Nasi Minyak dan Nasi Bukhara. Ulam ulaman tradisional akan tersedia untuk dinikmati dengan rangkaian sambal seperti sambal belacan, sambal budu, sambal tempoyak, sambal udang petai, sambal hijau’ bersama kerabu sotong bunga kantan, kerabu udang cili muda, acar sayur, salad telur goreng dan banyak lagi semuanya dihidangkan dengan sos buatan sendiri.
Tahun ini, jalan utama Persiaran Lagoon akan dihiasi dengan lampu yang menerangi laluan menuju ke atas bumbung gazebo The Resort Café dan tanglung emas yang menjadi simbolik musim akan digantung untuk menyambut tetamu yang berjalan melalui restoran. Melepasi pintu masuk yang besar, dihiasi dengan tanglung dan bunga mekar dalam warna putih dan emas, hiasan tengah gazebo memberikan peluang yang indah untuk mencipta detik berharga bersama yang tersayang, berkumpul sambil berkongsi hidangan.
Jemput Makan di The Resort Café berharga RM198.00 bersih bagi setiap orang dewasa dan RM99.00 bersih bagi setiap kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam.Buat pengantin baharu yang mahu menikmati pelbagai menu bufet yang istimewa, Sunway Resort boleh dijadikan pilihan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI