Hampir lapan bulan menjalin cinta, pasangan kekasih, Elfira Loy, 23, dan Sufian Suhaimi, 25, selamat memeterai ikaatan pertunangan dalam majlis tertutup yang dihadiri sekitar 100 orang tetamu di kediaman Elfira, Alam Damai, Cheras.

Elfira menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sufian. Pasangan ini mengenakan dua persalinan.

Elfira menggayakan rekaan Rizman Ruzaini dan dirias oleh jurusolek terkenal Najeeb Azami. Manakala Sufian pula memakai baju batik rekaan Fairuz Ramdan dan baju Melayu Rizman Ruzaini.

Selepas perbincangan, keluarga masing-masing sepakat memilih bulan Mac 2018 sebagai detik hari bersejarah mereka.

Kejutan 23 Kuntum Ros Cetus Ikatan Cinta Antara Elfira & Sufian Suhaimi, Akhirnya Pasangan Ini Mengikat Tali Pertunangan

“Bulan Mac boleh dikatakan terlalu istimewa buat saya dan dia (Sufian). Malah Mac depan juga kira genap setahun perkenalan kami. Alhamdulillah semoga dipermudahkan perancangan menuju ke gerbang perkahwinan kami.

“8 Mac lalu ketika saya genap 23 tahun, tepat jam 12 tengah malam dia tunggu di depan rumah dengan jambangan 23 kuntum bunga ros. Saat itu juga dia menyatakan kesungguhannya untuk serius dengan saya. Kiranya itu detik rasmi kami menjalinkan hubungan cinta. Lebih penting, dia tidak membelakangkan ibu bapa dalam hal kami.

Ads

“Ikutkan kurang enam bulan lagi, kami akan berkahwin. Masa pun berjalan begitu pantas. Mujur keluarga banyak membantu memudahkan urusan persiapan tunang dan selepas ini kahwin pula,” kata Elfira menerusi kenyataan media.

Selepas menerima kejutan 23 kuntum bunga ros sebagai simbolik angka 23 tahun usia Elfira, dia juga turut mengejutkan ulang tahun ke-25 tahun Sufian pada bulan Mei lalu. Elfira mengajak Sufian menaiki helikopter dan seterusnya meraikan hari lahir lelaki berkenaan di Seremban.

Kejutan 23 Kuntum Ros Cetus Ikatan Cinta Antara Elfira & Sufian Suhaimi, Akhirnya Pasangan Ini Mengikat Tali Pertunangan

Sementara itu, Sufian pula berkata, kehadiran Elfira selama ini bagai melengkapi hidupnya.

Ads

“Alhamdulillah akhirnya hubungan kami bagai menuju ke arah penamat yang pasti. Lebih penting keluarga juga merestui apa yang kami rencanakan. Di sebalik pelbagai ujian kecil yang pernah melanda dalam hubungan kami, semuanya bagai memberi hikmah untuk terus menguatkan lagi ikatan jalinan kami.

“Saya bersyukur dipertemukan insan sepertinya. Dia menjadi individu yang sering mencabar saya melakukan apa yang dirasakan diri ini tidak mampu dilakukan. Pendek kata dia sering memberi sokongan dan galakan untuk saya menjadi insan yang lebih baik.

“Kami juga tidak melihat usia berkahwin muda ini sebagai satu isu besar. Ada yang menggelarkan kahwin muda ini sebagai ‘millenial couple’. Namun apa yang lebih penting ialah untuk kami sama-sama memikul tanggungjawab selepas berkahwin nanti,” kata Sufian.

Kejutan 23 Kuntum Ros Cetus Ikatan Cinta Antara Elfira & Sufian Suhaimi, Akhirnya Pasangan Ini Mengikat Tali Pertunangan

Ads

Majlis merisik telah berlangsung pada 30 Jun lalu di kediaman keluarga Elfira menjadi pengukuh hubungan yang sedia terjalin.

Kami dari pihak Pesona Pengantin mengucapkan tahniah dan selamat menempuh fasa alam pertunangan.

Kejutan 23 Kuntum Ros Cetus Ikatan Cinta Antara Elfira & Sufian Suhaimi, Akhirnya Pasangan Ini Mengikat Tali Pertunangan
Instagram Rizman Ruzaini
Kejutan 23 Kuntum Ros Cetus Ikatan Cinta Antara Elfira & Sufian Suhaimi, Akhirnya Pasangan Ini Mengikat Tali Pertunangan
Instagram Rizman Ruzaini

 

Sumber asal teks dari: Zaidi Mohamad

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI