Kek Pandan Moist yang dikongsikan Chef Saiful Azli Suhaimi ini punya tekstur lemak bersantan dan cukup enak. Jelasnya kek ini akan kelihatan sedikit berminyak hasil daripada penggunaan santan.

Bermurah hati berkongsi ilmu yang diajar di dalam kelas masakan, jelasnya tiada apa yang dipinta kecuali sedekahkan Al-Fatihah buat kedua arwah ibu dan bapanya, Saodah Abdul Aziz dan Suhaimi Haji Ahmad.

KEK PANDAN MOIST

Saiz loyang : 9x9x3

Suhu : 170 ke 180 C

Kek Pandan Moist Guna Loyang Khas Buat Kekasih Hati

Bahan A:

250 gm Mentega tulen

125 gm Lepa susu ( buttercup dan seangkatan dengannya)

IKLAN

330 gm Gula kastor

Kek Pandan Moist Guna Loyang Khas Buat Kekasih Hati

Bahan B :

6 biji Telur gred A

Kek Pandan Moist Guna Loyang Khas Buat Kekasih Hati

Bahan C :

IKLAN

390 gm Tepung naik sendiri

1 1/2 sk Soda bicarbonate

Kek Pandan Moist Guna Loyang Khas Buat Kekasih Hati

Bahan D :

240 ml Santan pekat ( asli )

IKLAN

6 sb Jus pandan – kisar 30 gm daun pandan + 100 ml air

2 sb Pes pandan

2 sk Pewarna hijau apple – star brand

Cara :

Pukul A sehingga kembang dan putih.
Kemudian masukkan B sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
Ayakkan bahan C dan masukkan ke dalam adunan berselang seli dengan bahan D.
Putar sebati dan masukkan ke dalam loyang.
Bakar pada suhu 170 C selama 50 hingga 60 minit atau sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Saiful Azli Suhaimi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI