Mungkin ada yang terlepas pandang atau tidak ambil berat hal ini. Namun, bagi pasangan pengantin penting untuk merancang majlis kahwin dengan sebaiknya. Malah, harus kekalkan stamina dan mendapatkan tidur yang mencukupi untuk kelihatan berseri di sepanjang majlis dilangsungkan.

Terutama bila majlis diadakan pada siang hari dan sudah tentu akan menemui tetamu sambil tersenyum untuk mengucapkan terima kasih di atas kesudian menghadirkan diri.

8 pagi

❤ Selepas solat subuh, pengantin haruslah mandi lebih awal berbanding orang lain agar wajah lebih bertenaga, ceria dan berseri.

❤ Ambil sarapan pagi sekurang-kurangnya roti putih, air kosong ataupun susu untuk menambahkan tenaga sebelum majlis bermula.

❤ Sebelum berhias ke butik pengantin untuk ditata rias, pengantin boleh mengenakan pakaian lain yang bersesuaian. Seeloknya guna pakaian yang ada butang atau zip di hadapan.

10 pagi

❤ Pengantin harus bersedia ke butik pengantin untuk sesi mekap dan memakai baju kahwin.

Ads

❤ Untuk ke sana, sebaiknya pengantin mengajak teman sama ada ahli keluarga atau pengapit.

❤ Jangan sesekali meminta juru solek menghias wajah dengan cepat kerana bimbang sekiranya kualiti yang diberikan tidak seperti yang diharapkan. Lebih baik diam dan banyakkan bersabar.

❤ Selepas dimekapkan, lihat wajah di cermin dan jika sudah puas hati jangan menambah bedak atau alat solek yang lain.

Ads

2 petang

❤ Pastikan anda sebagai pengantin tersenyum indah semasa bersanding di atas pelamin.

❤ Semasa sesi makan beradab, sebaiknya pengantin tidak makan dengan laju atau banyak untuk mengurangkan rasa tidak selesa sepanjang hari.

❤ Selepas menjamu selera, pengantin seharusnya bersalam-salaman dan berjumpa tetamu yang hadir.

Ads

4 petang

❤ Sekiranya majlis diadakan di sebelah keluarga perempuan, kenalkan suami anda kepada kaum keluarga yang jauh dan dekat agar dapat berkenal-kenalan.

❤ Pastikan anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis tersebut.

6 petang

❤ Ambil sedikit makanan dan bersedia untuk menukar baju dan mulakan aktiviti membasuh peralatan pinggan mangkuk jika melakukan kenduri memasak sendiri di rumah.

❤ Membantu mengemas meja dan kerusi serta sampah yang berselerakan di khemah pengantin. Pertolongan anda walaupun hanya sementara tetapi dapat meringankan beban sanak saudara atau kaum keluarga lain.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI