Penggunaan bakul penganti bekas kotak atau sebagainya memberi kelainan dalam menghias gubahan hantaran. Tak perlu gubahan bunga yang sarat. Cukup sekadar minimalis dan warna yang kontra mampu cipta aura tersendiri.
Bahan-bahan:
• Bunga ros berwarna peach
• Reben merah
• Kotak hantaran
• Gunting
• Gam UHU
• Kerongsang
Langkah-Langkah:
1. Ambil kotak hitam untuk melapik dulang hantaran.
2. Kemudian ambil dulang hantaran berwarna coklat diletakkan atas kotak hitam.
3. Seterusnya cucuk bunga mawar di tepi dulang sehingga membentuk sejambak bunga.
4. Tampal reben di tepi dulang hantaran sebagai tambahan hiasan.
5. Akhir sekali masukkan barang-barang hantaran ke dalam dulang.
6. Letakkan kerongsang sebagai penyeri untuk gaya eksklusif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Beg Uncang Cenderahati Tetamu . Comel & Tak Perlu Jahit
Puas memikirkan cenderahati apa yang bersesuaian untuk tetamu? Jika masih berkira-kira untuk memberikan apa yang terbaik buat mereka yang hadir ke majlis anda, apa kata cuba buat sendiri beg uncang untuk mengisi gula-gula atau yang bersesuaian dengannya.
Istimewanya, beng uncang ini tidak perlu dijahit. Jadi bakal pengantin tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai bakat atau kreativiti dalam bidang jahitan.
Kebanyakan fabrik ini anda boleh dapati daripada lebihan perca kain, sangat ekonomi dan menarik!
(Beg mini bersaiz 8″T x 4″L)
Bahan-Bahan:
1. Fabrik kain mengikut pilihan anda
2. 3/8” pelekat Fusible ( gunakan yang mudah lekat apabila diseterika)
3. Pinking Shears atau gunting corak
4. Pensel atau kapur
5. Pembaris
6. Seterika
Langkah 1
Mulakan di hujung fabrik anda, lipat fabrik tadi supaya sisi yang baik di bahagian dalam. Lipatan tersebut ialah di bahagian bawah beg anda. Ukurannya 8 1/4″ T daripada lipatan bahagian sisi. Ukur 5″ untuk bahagian atas beg dan lukis garisan menggunakan pensel atau kapur; lukis garisan lain di sepanjang sisi sebagaimana dilihat dalam foto ini.
Langkah 2
Gunakan gunting corak untuk memotong bahagian atas fabrik. Jika anda menggunakan pensel untuk membuat garisan, pastikan anda memotong di sepanjang garisan tersebut.
Langkah 3
Gunakan gunting untuk memotong bahagian sisi.
Langkah 4
Sekarang beg anda telah siap dipotong, tekan setiap bahagian tepi penjuru serentak. Inilah ketikanya anda menggunakan pelekat fusible; tekan bahagian penjuru supaya tidak ada bukaan di bawah penjuru setiap beg.
Langkah 5
Buka fabrik tadi dengan menghala ke atas. Mula dari bahagian bawah letakkan pelekat fusible di kedua dua sisi kain, letak berdekatan bahagian sisi.
Langkah 6
Baca langkah pengguna pelekat fusible; ia akan beritahu anda tempat yang sesuai untuk meletakkannya. Lipat dan tekan fabrik kedua dua bahagian kain mengikut arahan pada pakej. Tekan beg tersebut di kedua dua bahagian untuk pastikan ia sempurna.
Langkah 7
Terbalikkan beg ke bahagian yang betul. Betulkan bahagian sisi menggunakan pensel dan pembaris.
Langkah 8
Seterika kelim tepi.
Langkah 9
Gunakan reben dari cebisan kain untuk mengikat beg dan isikan gula-gula atau coklat yang ingin diberikan kepada tetamu. Untuk kesan yang lebih rustic , gunakan fabrik berbeza untuk setiap beg yang dihasilkan.
Sumber: intimateweddings.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hias Botol Kaca Sebagai ‘Doorgift’ Mengikut Tema Majlis Anda
Penggunaan botol dalam idea memberi cenderahati tampak eksklusif dan ringkas. Tak perlu nak hias berlebihan dan hanya mengikut tema yang anda inginkan.
Bahan-Bahan:
• Kain renda
• Kain organza
• Botol
• kacang hijau
• Tag nama
• Tali guni berwarna putih
• Gunting
Langkah-Langkah:
1. Potong kain renda membentuk segi empat mengikut ukuran yang sesuai untuk penutup botol.
2. Selepas itu potong tali guni secukupnya.
3. Isi kacang hijau ke dalam botol sehingga penuh.
4. Selepas menutup botol, ambil kain renda dan lapik ke atas kain organza yang turut dipotong saiz yang sama.
5. Akhir sekali, ambil tali kemudian ikat dengan kemas pada penutup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Masak Rendang Ayam, Sesuai Untuk Isteri Yang Pertama Kali Nak Cuba Masak Untuk Suami
Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya pada tahun ini hanya dibenarkan sekiranya anda berada di dalam daerah yang sama dan tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Memang kecewa tetapi ini demi kebaikan kita semua.
Selain daripada ahli keluarga, antara perkara yang dirindui ketika Hari Raya adalah makanan raya. Rendang, nasi impit, kuah lodeh, lemang dan macam-macam lagi, memang sedap!
Jika tahun lepas kita hanya makan masakan mak, tahun ini berbeza kerana kita perlu memasak sendiri. Masa inilah rasa menyesal kenapa tak belajar resipi rendang awal-awal.
Jangan risau, jika anda teringin makan rendang ayam, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nurain Sulaiman ini. Memang mudah dan anda hanya perlu ikut ‘step-by-step’.
*****
Resipi Rendang Ayam
Bahan-bahan kisar:
- Bawang kecil + besar
- Halia
- Lengkuas
- Bawang putih
- Serai
- Kunyit hidup
Bahan-bahan lain:
- Ayam setengah ekor (basuh bersih dan tos)
- Cili kering – 15 tangkai
- 1 sudu rempah daging (optional)
- 1 sudu rempah cili untuk warna (optional)
- Daun kunyit
- 2 sudu kerisik
- 1 kotak santan
- Gula merah (optional)
- 2 sudu gula
Cara memasak:
1. Blend bahan-bahan kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.
2. Kisar cili kering. Dalam gambar ini, dalam 15 tangkai. Jumlah cili mengikut tahap kepedasan yang dimahukan.
3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.
4. Panaskan sedikit minyak.
5. Tumis bahan-bahan tadi (bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili)
6. Masukkan cili yang dikisar.
7. Letakkan daun kunyit, yang ini kalau tak nak pun takpe sebab nanti nak letak yang racik halus.
8. Sementara menunggu kuah masak dan naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.
9. Masukkan asam keping.
10. Masukkan kerisik dua sudu.
11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.
12. Masukkan santan sekotak atau sebiji kelapa.
13. Masukkan gula merah (ini optional).
14. Masukkan dua sudu besar gula.
15. Bila dah masak lebih kurang sejam, kuah akan nampak gelap dan pecah minyak. Kemudian boleh masukkan daun kunyit. Saya masukkan air 2 cawan berselang-seli bila kuah tu memekat.
16. Dah siap rendang ayam. Kena selalu kacau ye takut kuah hangit.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI