Lucu, comel dan awet muda itulah Amy Mastura. Pelakon dan penyanyi yang tak pernah ada kontroversi sama ada dari segi karier mahupun kehidupan peribadi.
Ada keluarga yang bahagia, suami yang baik dan anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.
Sumber Video: Majalah Nona
“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.
Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.
Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura.