Kelemumur adalah kulit kepala yang mati dan kering terkupas. Ini biasa berlaku kepada ramai orang. Tetapi kelemumur untuk sesetengah orang membuatkan seseorang tidak yakin kerana terdapat sel-sel kulit mati seperti salji yang terus jatuh dan menyebabkan pakaian kotor.

Punca kelemumur berbeza-beza, dari kulit kepala kering hingga produk syampu yang tidak sesuai dengan keadaan kulit kepala. Maklumat lanjut punca kelemumur di bawah ini.

Cara hilangkan kelemumur:

Lidah Buaya

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah
Ilustrasi lidah buaya – Foto:Shutterstock/Praisaeng

Aloe vera diketahui mempunyai banyak manfaat dan sangat berguna. Kandungan dalam Aloe vera, antara lain; protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Tidak hanya untuk menghitamkan rambut, membuat rambut berkilau, mencegah keguguran rambut, menguatkan akar rambut, lidah buaya juga sangat ampuh digunakan sebagai cara hilangkan kelemumur secara semulajadi.

Bagaimana membuang kelemumur degil menggunakan bahan ini:

Haluskan isi lidah buaya secukupnya
Sapukan secara rata pada permukaan kulit kepala
Urus perlahan-lahan agar meresap ke kulit kepala anda
Biarkan selama 30 minit
Bilas dengan air sehingga bersih

Limau nipis

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah
Ilustrasilimau nipis – Foto: shutterstock/cerber82

Limau nipis mengandungi vitamin C. Tidak hanya vitamin C saja, limau nipis juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, karbohidrat, serat, lemak, protein, kalsium, asid folik, zat besi, fofsor, magnesium , kalium, zink, dan gula. Belum lagi juga asid sitrik yang membuatkannya rasa masam. Vitamin C dalam limau nipis akan menggalakkan pertumbuhan akar rambut. Anda boleh menggunakan limau nipis untuk menebal rambut anda atau mengatasi kebotakan. Selain menebalkan rambut, penggunaan limau nipis pada kulit kepala juga boleh digunakan untuk membasmi kelemumur.

Cara menghilangkan kelemumur dengan limau nipis, iaitu:

Perah jus limau nipis
Campurkan jus limau dengan air yang mencukupi
Sapukan pada rambut
Biarkan seketika untuk merendam kulit kepala
Bilas dengan air bersih

Ads

Lemon

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah
Ilustrasi – Foto: Boldsky

Bukan hanya limau nipis, anda juga boleh menggunakan lemon sebagai cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur secara semulajadi. Cara yang sama seperti menggunakan limau nipis pada kulit kepala.

Minyak Zaitun

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah

Bukan sahaja minyak hazelnut, minyak zaitun juga merupakan cara untuk menghapuskan kelemumur secara semula jadi, cepat, dan kekal.

Bagaimana:

Sapukan minyak zaitun pada kulit kepala secara merata
Urut ringan di kulit kepala supaya minyak zaitun meresap
Biarkan selama 30 minit
Bilas dengan air suam

Cuka

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah

Aneh bila denhar jika cuka boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur kerana cuka digunakan sebagai bahan makanan. Tenang sahaja, ini bukan satu penipuan. Anda boleh menggunakan cuka untuk menghapuskan kelemumur. Tetapi sudah tentu dengan berhati-hati, jangan gunakan terlalu banyak cuka.

Bagaimana untuk menghilangkan kelemumur menggunakan cuka:

Ads

Sediakan 1 sudu teh cuka
Sapukan secara rata pada kulit kepala
Biarkan beberapa saat
Bilas dengan air sehingga bersih
Untuk hasil maksimum, lakukan 2 kali seminggu

Baking soda

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah

Perkara yang pelik tetapi adalah benar seterusnya adalah menggunakan baking soda untuk menghapuskan kelemumur secara semula jadi, cepat, dan kekal. Sama seperti cuka, jangan gunakan baking soda terlalu banyak dan terlalu kerap.

Bagaimana untuk menghilangkan kelemumur dengan cepat menggunakan bahan ini:

Sediakan 1/2 sudu teh baking soda
Larutkan air sehingga menebal
Sapukan secara rata pada kulit kepala
Biarkan beberapa saat
Bilas dengan air sehingga bersih

Bawang

Kelemumur Buat Anda Rasa ‘Down’? 7 Bahan Ini Mampu Rawat Anda Sebelum Jadi Lebih Parah

Pernahkah anda menemui orang-orang tua yang memberikan tumbukan bawang merah yang disapukan kepada kepala bayi? Ini benar untuk rambut menjadi padat, tetapi bukan sahaja itu, anda boleh menggunakan bawang untuk menghapuskan kelemumur secara semula jadi.

Ads

Bagaimana untuk membuang kelemumur degil menggunakan bahan ini:

Sediakan bawang
Kupas kulit, kemudian bersihkan
Sapukan secara rata pada kulit kepala
Biarkan sebentar
Bilas dengan air bersih

 

 

 

 

 

Sumber: merawatrambutkering.net

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI