Ayat 1000 Dinar adalah potongan ayat al-Quran iaitu bahagian akhir ayat 2 dan keseluruhan ayat 3 Surah At-Talaq. Ayat ini sangat terkenal dengan kelebihannya iaitu untuk dimurahkan rezeki dan menerima rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

Sejarah Ayat Seribu Dinar

Namun begitu, Ayat 1000 Dinar ini tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Terdapat banyak versi cerita berkenaan kisah Ayat 1000 Dinar ini. Ada kisah berkenaan Nabi Khidhir dan pedagang, dan pelbagai lagi cerita.

Yang pastinya, kami tidak ingin mengulas sejarah Ayat 1000 Dinar ini kerana kami sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Malah, Nabi Muhammad saw sendiri tidak menamakan ayat 2-3 Surah At-Talaq itu sebagai Ayat 1000 Dinar.

Keluar Dari Kesusahan Hidup, Amal Bacaan Ayat 1000 Dinar

Ads

Walaupun masih belum menerima sebarang rekod yang sahih menyatakan bilakah dan siapakah yang menggelar ayat tersebut sebagai Ayat 1000 Dinar, namun tidak salah untuk mengamalkannya. Paling penting untuk dinilaikan daripada Ayat 1000 Dinar ialah apakah isinya, pengajaran-pengajarannya, dan yang berkaitan dengannya.]

Melalui Ayat 1000 Dinar juga, kita dapat lihat dua keadaan yang Allah akan berikan rezeki dan keluarkan kita dari kesusahan, iaitu dengan bertaqwa dan bertawakkal.

Ads

Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi laranganNya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.

Dalam kitab Al Musnad disebutkan dari Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dari ayahnya, dari datuknya, Abdullah bin Abbas, dia berkata: “Rasulullah bersabda:

Ads

“Barang siapa banya beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Keluar Dari Kesusahan Hidup, Amal Bacaan Ayat 1000 Dinar

Hadis di atas sekaligus menjadi penguat tafsir Ayat 1000 Dinar.

Manakala, bertawakkal pula adalah menyerahkan segala urusan hanya kepada Allah swt setelah kita berusaha. Jika melihat dari aspek rezeki, setelah kita berusaha bekerja untuk mencari rezeki, maka bertawakkallah kepada Allah. Ini kerana segala rezeki yang kita terima adalah dari Allah swt yang bersifat Ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki Rezeki).

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI