
Manisnya pasangan merpati dua sejoli ini yang baharu sahaja melangsungkan pernikahan pada petang Jumaat, 5 Ogos. Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar memilih Yin Shao Loong, seorang pengkaji dari Khazanah Research Institute.

Berita gembira ini dikongsikan sendiri YB Nurul Izzah di media sosial miliknya. Berwalikan ayahandanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernikahan diadakan di samping kehadiran keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum:21)
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.

Untuk rekod, Nurul Izzah, 42 pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15 dan Raja Ahmad Harith, 13.
Semoga pernikahan ini dikurniakan dengan kebahagiaan sehingga ke Jannah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rambut Gugur Tanda Isteri Stres, Suami Kena Pandai ‘Beli Jiwa’

Isi Kandungan
ToggleMacam mana nak tahu keadaan isteri stres sebenarnya dan apa puncanya? Haaa… cuba anda check dalam rumah, ada banyak tak rambut yang gugur di lantai?
Itu pun salah satu tanda isteri penat dan emosinya kurang stabil dalam melakukan rutin hariannya.
Jadi inilah peranan suami, cubalah ‘beli jiwa’ isteri dengan membawanya keluar dari rumah. Dapat duduk dalam kereta pusing taman rumah pun mungkin si dia dah bahagia. Apa lagi kalau suami belikan sesuatu atau bawa makan-makan luar.
Okay, nak tahu lebih lagi, jemput renungkan pandangan saudara Mohd Fhais Salim kejap.
Rambut Gugur, Itu Tanda Isteri Stres
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut!
Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stres.
Bila kerap stres, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen ( fasa rehat ).
Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur & mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni.
Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak.
Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala & stres ialah anak yang sulung.
Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je.
Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut.
Bila ibunya marah-marah, buat tak tahu je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab.
Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam.
Ubat stres ni kena berehat je.
Berikan Isteri Rehat Kejap
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia.
Kalau nak tahu, stres yang melampau kesannya bukan hanta setakat rambut gugur tapi jika dibiarkan, muka pun nampak kusam dan berkedut. Tolong cakna dengan kesihatan emosi isteri ye!
Banyak bagi isteri rehat, ya!
Sumber: Mohd Fhais Salim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerana Terima Rawatan Psikiatri, NISHA EZZATI Pilih Rona Ungu Untuk Busana BRIDESMAID. Ikut Tema Wad!

Influencer terkenal, Nisha Ezzati yang suka berkongsi tentang solekan dan kecantikan sudahpun selamat bergelar isteri. Melalui perkongsiannya di akaun Instagram miliknya, perkenalan di antara Nisha dan suami, Amirul Zaman bermula di aplikasi Tinder.


Istimewanya, perkahwinan Nisha lebih bermakna apabila bridesmaid yang dipilih adalah saudara-mara rapat dan beberapa kenalan yang dikenali ketika menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Tulis Nisha, dia memilih rona ungu sebagai tema warna untuk bridesmaidnya untuk menyamakan warna baju pesakit di wad psikiatri.

“Sebagai ambassador psych ward hukm, I requested baju bridesmaid pun purple sebab nak sama dengan baju psych ward hukm. No shame in seeking psychiatric help ye my darlings.”
And big thanks to my bridesmaids for helping me out throughout the day, sayang sangat muahh. I kenal @cathatiawuck @uhleenuhsenpai @effahsyafiqah dekat psych ward la. They’ve made my stay at the ward sooo much fun rasa macam sleepover taknak balik.
And thank you @jiahabshee @yasminzonkifle for being my bridesmaids and being there for me on my big day. Being able to be friends with your cousins is a blessing because we could get away with a lot of things.”


Nisha yang kelihatan sungguh anggun dengan persalinan rona putih dari Teruntum Putih disolek cantik jurusolek terkenal, Syed Dewa. Manakala dia memilih Yaya Ibrahem sebagai hijab stylist untuk majlis akad nikah.

Kami mengucapkan Selamat pengantin Baru kepada Nisha dan pasangan. Semoga rumahtangga yang dibina ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Berjumpa Setiap Hari, Cukup 3 Minit Borak Di Telefon Pun Dah Ok Sebelum Sah Jadi Suami Isteri

Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, kenalah ada titik nokhtah hubungannya. Betul tak? Ramai pasangan yang melalui perhubungan perkenalan atau percintaan yang lama namun ramai yang kecundang di tengah jalan. Tetapi, buat pasangan Mohammad Safiq dan Asifa Azra, kasih yang disemai sejak sembilan tahun lalu diakhiri dengan sebuah ikatan hubungan yang sah.
20 Mei 2021 menjadi tarikh istimewa buat pasangan ini yang disatukan di Segamat, Johor. Meskipun perkahwinan yang dilangsungkan tidak dihadiri sanak-saudara dan rakan-rakan kerana masih di dalam PKP namun kenangan indah itu dirakam dengan sempurna. Azra mengambil keputusan untuk memanggil perancang perkahwinan, jurufoto dan juru video untuk menjadikan hari istimewanya lebih bahagia dan bermakna untuk dipotretkan dalam bentuk gambar dan video.
“Berkahwin di musim PKP bukan mudah terutamanya apabila kami berdua telah merancang pelbagai perkara termasuk mengadakan majlis buat kedua-dua pihak. Namun, atas nasihat dan dorongan keluarga serta rakan-rakan, kami akur untuk melangsungkan perkara wajib terlebih dahulu iaitu bernikah.
Sama seperti pasangan lain, kami menyertai kursus perkahwinan, melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudian menghantarnya ke pejabat kadi. Sedih juga bila kawan-kawan rapat tak ada di hari bahagia sebab itu semua impian seorang perempuan kan?
Pada malam sebelum nikah baru saya tahu, mereka sudah merancang pelbagai perkara buat saya. Tetapi saya tetap positif, memikirkan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini atau mungkin sudah tertulis semuanya buat saya,” kata Azra.
9 TAHUN BERKENALAN, APA AGAKNYA TIP UNTUK TERUS ‘BERTAHAN’ DALAM PERHUBUNGAN?
- Pertama, percaya dengan pasangan anda. Tetapi pada masa yang sama, diri sendiri itu juga perlu meletakkan atau mengehadkan batas pergaulan dengan rakan-rakan.
- Yang kedua adalah komunikasi. Walaupun jarang berjumpa, namun kami sering berhubung menerusi telefon bimbit walaupun cuma sekadar 3 minit. Bercakaplah dengan pasangan anda, sekiranya mempunyai masalah atau berkongsi berita gembira. Pasangan bukan sekadar untuk bercinta, malah teman & rakan ketika suka dan duka.
- Yang ketiga, sekiranya mempunyai perasaan marah, ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing kemudian mohon maaf dan memaafkan.
- Yang keempat, cuba mengalah dalam apa jua situasi dan jangan ikutkan sangat perasaan ego. Kadang-kadang perkara yang kecil boleh jadi besar sampai membawa ke situasi yang tidak diingini.

“Safiq adalah seorang lelaki yang sangat penyabar. Sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya lebih sayang padanya.
Soal bosan dalam perhubungan yang lama tak pernah timbul kerana saya dan pasangan mempunyai minat dan kerjaya yang berlainan. Jadi, kami jarang meluangkan masa bersama sebaliknya berjumpa sekiranya mempunyai aktiviti-aktiviti riadah seperti berbasikal, makan bersama rakan-rakan dan keluarga dan selebihnya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier masing-masing,” kata Azra.

Di mata Safiq, Azra dilihat wanita yang cukup sempurna…
“Azra ialah seorang yang sangat memahami dan bertoleransi dengan saya. Saya mempunyai kerjaya yang sangat ‘time consuming’ serta sentiasa memerlukan saya on standby mode. Ini yang membuatkan saya jarang dapat meluangkan masa dengan dia terutamanya pada waktu hujung minggu seperti pasangan lain.
Walaupun begitu, dia tetap cuba faham dan bersikap positif. Wanita yang kita tahu, sentiasa mahukan ‘attention’ untuk dia ceritakan hal kerja, peribadi dan sebagainya tapi dengan Azra ia satu perkara yang istimewa yang memang saya tak akan jumpa dengan orang lain. Itu yang membuatkan saya sayangkan dia.” Ujar Safiq.

Untuk menjalani perhubungan yang positif, cubalah elakkan perkara-perkara ini:
- Tidak mengongkong pasangan anda.
- Kurangkan pertemuan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kerana masih tiada ikatan.
- Elakkan berkongsi masalah di media sosial.
- Jangan berselindung atau berahsia, jujur dan berterus terang pada pasangan.
- Tidak membezakan pasangan anda dengan orang lain.

Semoga pasangan ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah Safiq dan Azra!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI