Kisah kemelut rumah tangga pelakon, Baim Wong dan Paula Verhoeven bukan lagi rahsia apabila isterinya mengakui mereka kini sedang berusaha menyelesaikan beberapa isu dengan suaminya itu.
Namun baru-baru ini, pasangan terbabit bagaimana dilihat tampil berdua ketika menghadiri sebuah acara di sekolah anak mereka, Kiano.
Susulan itu, peminat mula tertanya-tanya mengenai spekulasi yang tercetus sama ada pasangan berkenaan sudah berbaik semula. Lebih meyakinkan sangkaan ramai, Baim nampak positif menyatakan ingin menimang anak lagi.
Sudah tentu peminat bapa kepada dua anak itu lega kerana perkongsian tersebut menjadi petanda dia dan isteri tiada lagi sengketa.
Ramai mendoakan agar pasangan itu dapat berdamai demi permata hati mereka.
Sumber: Kosmo!