Comel sangat pasangan Datul Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi ni. Kalau kedua-dua mereka bergabung baut video, tak pernah tak kelakar! Pasangan yang pernah menerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur ini sering menjadi perhatian netizen.
Lebih mesra disapa Kak Ja dan Abang Dee, pasangan ini disatukan pada 1 Januari 2022. Walaupun baru sebulan lebih bergelar isteri (ketika temubual diadakan), namun majlis perkahwinan mereka menjadi bualan sehingga dinobatkan sebagai The Most Memorable Wedding Celebrities dari Pesona Pengantin.
“Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.”ujar Abang Dee.
“Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan. Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”tambah Kak Ja.
Sempat juga Pesona Pengantin ‘mengenakan’ pasangan ini dalam satu game berjudul ‘Awak Kenal Saya Tak?’.
Nyata, dalam satu soalan spontan yang diberikan, kedua-duanya sangat menjaga soal ‘privacy’ dalam hubungan mereka dengan tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka. Rahsia katanya!
Pesona Pengantin turut mengajukan soalan mengenai tip perkahwinan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, jawapan Datuk Seri Mahadi, ia membuka dimensi baharu dalam erti sebuah perhubungan.
“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak nak beri tip. Ia lebih kepada perkongsian supaya more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.”
Tambah Datin Seri Heliza pula mengenai alam perkahwinan.
“Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”
Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.
Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi