Disebabkan kebelakangan ini semakin ramai rakan artis yang terkena tempias kes rampas merampas suami orang, Nana Mahazan tidak pernah sekali melatah. Baginya paling utama dalam hubungan suami isteri adalah kepercayaan yang utuh di antara satu sama lain.
“Setakat hari ini saya memang tidak pernah mencurigai suami saya, saya sebagai isteri mempercayainya 100 peratus, tambahan kerjay kami menuntut untuk berjumpa dengan ramai orang, bekerja dengan orang yang pelbagai, kadang kala dia terpaksa keluar ke studio jam 3 pagi, saya masih percayakannya. Lagipun bukannya dia buat apa, dia bekerja, kita sebagai isteri kenalah menyokong penuh.
Bila ditanya adakah Nana sendiri ada membuat selidik status mahupun direct messages suaminya sebagai langkah berhati-hati?
“Haha kami memang tidak pernah check each other, buat apa nak check kalau kita percayakan dirinya. Kita pun tak suka kan orang kacau privasi kita, why kita perlu sampai bersikap sedemikian. Paling penting dalam membentuk keharmonian dalam rumah tangga, perlu setia, yakin dan percaya pasangan anda. Saya akan selalu bertanya padanya jika ada yang tidak kena, kami saling memperbaiki. Jangan simpan nanti lagi parah, katanya yang kini sudah mencecah 9 tahun ulang tahun perkahwinan.”
Dalam kesibukan ini Nana juga kini sedang hebat mengacarakan rancangan Mentor 7 juga Pesona Pengantin musim kedua di Astro Prima dan Astro Maya setiap Isnin Jam 1230 Tengah hari.