Hubungan

Kena Teliti Pilih Calon Pasangan, Jangan Terburu-buru Kahwin

Share

Sebelum pilih calon pasangan hidup, pastikan anda boleh kenal hati budinya, keluarga dan sikap baik buruknya. Bukan sebulan kenal, terus terima. Ini risiko.

Untuk lebih jauh lagi dalam isu ini, jemput baca perkongsian Puan Syahirah Omar, pasti anda akan membuat pilihan terbaik untuk mencari teman sehidup semati.

Tip Pilih Calon Pasangan

Saya ada satu pesanan buat semua yang masih belum mendirikan rumahtangga. Ada perkara yang lebih penting untuk kalian teliti sebelum memilih calon pasangan.

Kalau yang sudah berkahwin pun boleh teruskan pembacaan, mungkin ada sesuatu yang bermanfaat buat kalian dari penulisan saya ini.

Firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”.
(Surah Al-Rum: 21)

Saya ada tonton satu perkongsian oleh Ustaz Nouman Ali Khan.

Kata Ustaz,

” Marry someone who gives you peace “

Rasanya siapa saja yang sudah mendirikan rumah tangga pasti besetuju kita mahukan pasangan yang memberi ketenangan. Memang benar kita perlu lihat agama, keturunan, rupa paras dan harta. Tetapi saya rasa tenang ni tak semua orang boleh beri.

Cuma, selalunya kita tak pernah tahu kan semua ni? Bila dah berkahwin barulah kita benar-benar mengenali pasangan kita.

1. Carilah pasangan yang mempunyai emotional intelligence.

Seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi belum tentu mempunyai EQ yang tinggi. Penting sebenarnya EQ ni. Seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi mampu kenalpasti emosi yang ada dalam diri dia, mampu proses dengan baik, dan mampu uruskan tanpa menyakitkan pasangan.

Malangnya tak ramai yang mempunyai EQ ni kerana kebanyakan dari kita banyak membesar dengan cara dilarang untuk meluahkan emosi. Kita dilarang untuk luahan rasa sedih, kita dilarang untuk menangis.

Akhirnya semua emosi yang kita suppressed selama hari ini membentuk diri kita yang sekarang.

Pasangan yang mempunyai EQ yang rendah memang akan struggle untuk uruskan rasa marah, meluahkan perasaan dengan cara yang betul, mungkin juga penuh dengan drama dan cemburu buta .

Semuanya dapat dilihat bagaimana dia membuat keputusan dan bagaimana bila dia berhadapan dengan masalah.

2. Tanyakan tentang kehidupan zaman kecil pasangan.

Kata Ustaz Nouman Ali Khan, memang penting mereka yang beragama. Tetapi ada saja yang solat 5 waktu tetapi baran dan setiap hari akan tengking pasangan. Percaya atau tidak karakter seseorang sangat berbeza bila di khalayak ramai dan bila di rumah dengan pasangan.

Saya lebih mengenali karakter seseorang bila saya tahu kehidupan zaman kecil dia. Walaupun tak semua orang selesa untuk bercerita hal begini, tetapi dengan mengetahui apa dia lalui sepanjang membesar sangat membantu untuk kita tahu karakter sebenar seseorang.

Dari situ kita boleh tahu adakah dia seorang anxious attachment? Atau mungkin seorang avoidant attachment? Dari situ kita akan faham love language seseorang, dan banyak lagi yang kita akan dapat tahu sebenarnya.

3. Belajar untuk kenali diri sendiri.

Ini point paling penting sebelum mencari pasangan. Sengaja saya letak yang terakhir.

Kenali diri sendiri bukan sekadar tahu nama kita, makanan kegemaran, minuman kegemaran teh o ais limau. Tetapi belajar untuk kenal kelemahan diri, akui, dan perbaiki.

The problem is everyone is looking for unconditional love, carrying a bag full of conditions.

Mungkin permulaan ada chemistry yang kuat, tetapi percayalah kita hanya menarik dan tertarik pasangan yang kita ‘familiar’ dengan karakter mereka sepanjang kita membesar. Apa yang kita pernah lihat dan lalui, itulah yang kita akan cari tanpa kita sedari.

Saya sendiri ambil masa yang lama untuk kenal diri sendiri. Saya juga ambil masa yang lama untuk heal wounded inner child sendiri.

Jangan terburu-buru berkahwin , belajarlah untuk untuk heal diri sendiri terlebih dahulu sebelum berkahwin dan mempunyai zuriat. Kita bukan hanya perlu sihat fizikal, tetapi mental dan emosi juga perlu sihat.

Dan jika diantara kalian yang sedang struggle dalam perkahwinan, saya rasa sudah sampai masanya kalian cuba lihat kembali kehidupan zaman kanak-kanak diri sendiri dan pasangan.

Setiap dari kita hari ini terbentuk dari zaman kecil kita. Ramai diantara kita membawa luka emosi yang mereka sendiri tak pernah sedar. Bila sudah berkahwin barulah habis keluar semuanya yang kita tak pernah sangka. Hubungan yang kita sangka terlalu kuat chemistry sebelum ni akhirnya saling menyakitkan sesama sendiri dengan sikap buruk masing-masing.

Jika kita terus menafikan yang kita tidak terkesan dengan cara kita dibesarkan, kita takkan dapat hentikan kitaran yang kita bawa selama hari ini.

Heal.

Because our children don’t deserve the broken version of us.

Published by
Nadia