Buah Tunjuk Langit (Swietenia Macrophylla) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Pati sari buah Tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit.
Buah Tunjuk Langit mempunyai khasiat yang tersendiri. Dalam biji Mahogani atau Tunjuk Langit ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid.
Apakah itu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid? Dan apakah khasiat utama buah ini?.
1. Flavonoids
Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.
Fungsi flavonoids adalah untuk:
Ads
Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.
Memperbaiki kelancaran peredaran darah.
Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan
2. Saponins
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah.
Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh di dapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.
Ads
Fungsi-fungsi utama lain Saponins
Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.
Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.
Meningkatkan fungsi pembinaan darah.
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.
Melancarkan sistem saluran pernafasan
3. Bitter Alkoloids
Ads
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja.
Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan Bitter Alkoloids yang tinggi. Ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus serta bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit.
Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.
Kini, khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah diproses secara saintifik dan dipek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia, dan keberkesanannya juga telah terbukti.
Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang suami kepada isteri sebenarnya akan mempengaruhi kederasan rezeki itu sendiri? Hakitkatnya itu adalah benar. Rezeki akan melimpah ruah apabila rumah tangga itu bahagia dan saling melengkapi.
Ini antara 4 perkara seorang suami harus tahu dan ambil peduli agar lebih mencintai isterinya supaya rezeki mengalir macam air!
1) Melahirkan tanggungjawab untuk mencari rezeki
Bila kita jatuh cinta dengan seseorang, maka semakin besarlah rasa tanggungjawab seorang suami untuk memberikan yang terbaik buat isterinya. Suami yang mencintai dan menyayangi isteri sepenuh hatinya kerana bekerja keras akan membuatkan isterinya merasa bahagia.
2) Allah sayang
Sudah tentunya Allah lah yang memberikan rezeki apa yang kita ada pada hari ini. Tanpa redha Allah, kita tidak akan peroleh apa yang ada pada hari ini. Apabila suami mencintai isteri dan isteri mencinta suami sepenuhnya, itu akan mendatangkan rahmat Allah.
3) Mendapat ketenangan dalam rumahtangga
Bila si suami pergi bekerja mereka sebenarnya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk menjadi produktif. Cuba bayangkan konsentrasi terganggu disebabkan pertengkaran, pergaduhan dan perkelahian dengan pasangan. Senang sahaja nak dapatkan ketenangan ini. Apabila suami benar-benar mencintai isteri, banyak perkara dan pertengkaran kecil yang remeh dapat dielakkan.
4) Merasa cukup
Ini adalah antara benda paling penting untuk merasakan derasnya aliran rezeki anda. Walaupun rezeki tidak terasa banyak apabila gaji bertambah, tetapi rezeki akan terasa banyak apabila kita merasa cukup. Bila seseorang suami benar-benar menyanyangi isterinya, maka dia akan mudah untuk merasa cukup dengan apa yang dimiliki olehnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang menjadi isu yang hangat bila berbicara tentang kahwin. Lebih-lebih lagi melibatkan mereka yang masih belum melangsungkan perkahwinan. Kita sedia maklum bahawa sebahagian besar penduduk di Malaysia ramai yang masih belum berkahwin kerana beberapa faktor. Di antaranya ialah isu belum berjumpa dengan calon yang sudi atau masalah kewangan. Jadi jangan kutuk orang kahwin lambat.
Kenapa Memilih Untuk Lambat Berkahwin?
Satu tinjauan dari Love and Relationship Coach menyatakan bahawa sebilangan orang yang tidak berkahwin pada usia 30 tahun ke atas memilih untuk lambat dalam perkahwinan daripada berkahwin dengan cepat tetapi gagal dan terpaksa bercerai kerana memilih pasangan. Mereka mempunyai sebab yang logik mengapa lebih baik lambat kahwin kerana jika mereka sudah berkahwin tetapi hanya menyedari bahawa mereka salah memilih pasangan, ini akan ada harga mahal yang harus dibayar untuk kesilapan tersebut.
Menurut kaunselor dari Love and Relationship Coach lagi, ramai wanita terlalu cepat memutuskan untuk berkahwin hanya kerana tekanan usia, keluarga dan komuniti atau sebab kesihatan organ-organ pembiakan pada usia 30 dan ke atas. Walaubagaimanapun, berjuang untuk pilihan yang tepat dalam memilih pasangan perkahwinan adalah jauh lebih baik daripada semua sebab-sebab sebelumnya.
Adalah lebih baik untuk lambat berkahwin selagi anda boleh mendapatkan pilihan pasangan yang tepat untuk perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat daripada berkahwin dengan cepat dan tergesa-gesa tetapi berakhir dengan perceraian kerana menyesali memilih pasangan yang tidak baik.
Buat anda yang masih belum berkahwin tidak perlu ambil hati. Pastikan anda tidak tersalah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pasangan hidup anda supaya anda boleh mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan sebenar di masa depan.
Kredit : AliffChannel.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!