Cinta adalah anugerah terindah yang berada dalam diri seorang manusia. Sebagai manusia, kita juga memerlukan cinta agar dapat membahagiakan diri kita. Cinta bukan hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal, yang paling penting adalah keikhlasan hati kedua-dua pasangan tersebut, Siti Aisyah Zaid dan Amirul Syahmi Mohd Yazid.

Bila seseorang itu sudah betul ikhlas menyayangi diri kita, segala kekurangan yang ada pada diri pasangan pasti mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Itulah cinta yang sejati. Mereka ikhlas menerima diri kita seadanya.

Tular di media sosial baru-baru ini seorang pengantin lelaki tidak menjadikan kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Kenal Melalui PUBG, Lelaki Ini Tidak Kisah Berkahwin Dengan Wanita Lumpuh

PUBG satukan cinta

Walaupun kedua-dua kaki isterinya lumpuh selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu, namun ketika itu dia masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun masing-masing tinggal di daerah ini.

IKLAN

Kenal Melalui PUBG, Lelaki Ini Tidak Kisah Berkahwin Dengan Wanita Lumpuh

Siapa sangka perkanalan di Player Unknown’s Battleground (PUBG) menyatukan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin.

Apa yang menariknya kali ini, kesemua pasangan pengantin ini akan diraikan selama dua hari satu malam dan terdapat banyak pengisian termasuk penginapan di hotel, candle light dinner, cabutan bertuah dan konvoi pengantin.

 

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Sumber : Sinar harian, ohbulan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI